salam admin, harap id saya dirahsiakan. Ini adalah sekadar untuk membuka mata semua org tentang pasangan masing2. saya berumah tangga dengan suami saya sudah tahun ke4.
suami saya sejenis yg peramah semua org nmpk itu sebagai satu benda baik sampai ahli keluarga kata dia baik dan peramah. tapi hakikatnya, sebelum kahwin dulu.
Ceritanya semasa tempoh pertunangan baru saya tahu suami ada sejarah silam dengan bekas kekasih dia, mereka selalu ‘bersama’ pada masa itu saya hanya mampu berdoa, saya seorng yang jenis jaga pergaulan dan maruah diri.
saya berdoa dan teruskn juga perkahwinan dan beranggap saya saja tahu aib dia dan dia akan berubah.
Tidak sangka selepas kahwin saya serahkan segalanya, maruah saya, saya ada duit saya berkongsi dengan dia sebab saya tahu gaji saya melebihi dia, dari zahir hingga b4tin saya jaga, jaga rumah malan pakai semua,
selama 4 tahun rupa2nya dia selalu bermsg dan bervideo chat dengan perempuan2 ada account f4ke fb f4ke twitter ig f4ke semata2 melayari perempuan.
saya sebagai seorang isteri lagi hancur luluh hati apabila sampai tuhan tu jentik hati saya lihat msg ig dan dia kantoi. Lepas beberapa hari kantoi saya bertanya kalau tak kantoi apa akan jadi.
Dia kata tak pernah jumpa perempuan tu alam maya ja. Rupanya kami sekeluarga akan ada trip ke jb dan dia banyam kali bertanya saya akan ikut atau tidak?
rupa2nya dia merancang berjumpa perempuan itu dan nak check in. tergamak seorang suami berbuat begitu. Masa saya minta dilepaskan alasan sayang semua tak akan dapat macam saya selepas ini
saya pun pelik lelaki jenis macam ni nak apa? apa mereka fikir hati perempuan ini apa? dan perempuan itu tahu dia suami orang , dan masih nak check in bagai. Apa ni? manusia ke??
sedih min. Sekarang pun kalau ikutkan hati saya memang nak ja viralkan perempuan vavi s0nd0l tu tapi saya waras fikir punca suami saya juga.
saya berharap sangat kepada pasangan yg akan berumah tangga cuba la bersikap jujur dengan pasangan anda itu adalah main thing dalam berumah tangga, jujur dan ikhlas.