Isu Keluarga

Paling menyedihkan suami saya suka menghina kisah silam saya sampaikan bila bergaduh tangan naik kaki semua naik. 

Salam admin. tolong hide prfile saya ya . saya skrg tengah ada masalah dengan suami. sekarang saya bebetul tak ade tempat luahan dah.

Suami saya suka menghina kisah silam saya. saya tertekan. bila gaduh tangan naik. semua naik.  saya dah cuba pertahankan perkawinan ni 2 tahun. bila nak luahkan dekat family pun saya malu .

Saya pendam sorang. hari2 berendam air mata. selama dia tak kerja tetap saya ada dengan dia. sampai sekarang dia tak pernah nak pikir yg dia dah ada tangungjawab besar.

tak pernah nak ubah kehidupan. banyak kali nasihat suruh kerja tetap. bila nasihat dia cakap saya ni suka membebel. pernah terpikir nak berpisah , tapi dia lagi ugvt saya. kalau saya nak berpisah dia akan buat family saya buang saya benci saya.

tak sangka suami saya sendiri ada niat macam tu .  sekarang ni saya dah jadi macam tangung beban seorang diri. saya yang kerja .

saya baru sembuh patah kaki. terpaksa kerja juga demi keluarga. yang buat saya tawar hati dengan cara layanan dia terhadap saya dan suka memvkul saya dan penah cakap nak pecahkan henfon saya.

saya dahla tak ada kawan nak luahkan apa yang saya rasa, umur saya baru 23 tahun dah tngung beban yang berat macam ni. apa saya perlu buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.