Isu Keluarga

Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya sehingga mereka sudah banyak kali keluar bersama

Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap.

Saya add dia di facebook. Dari facebook saya tengok dia memang ramai peminat. Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik putih dan tinggi. tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa.

Sedangkan saya biasa2 sahaja. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.

Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja di mana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. dia tak pernah meminta dari saya. dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.

Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat b0d0 saja dengan cerita dia. bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi.

Isteri selalu mengajak saya sembahyang berjemaah tapi saya suruh dia sembahyang dulu sebab saya sebok melayan fb ig dan game. Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat.

apabila isteri mahu bersama di malam hari dan cuba memeluk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyentuh dirinya. lama-kelamaan isteri minta saya berterus terang.

Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam ex girlfriend saya dulu. isteri sudah berat dan badannya berb4u, maka buat saya hilang selera. isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.

Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri. isteri hanya diam dan tidak membantah.

Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gvggvr. saya terlalu kecewa dan saya salahkan dirinya.

sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.

Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. saya juga suka buka facebook dan instagram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik.

isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah. Saya langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia guggur kerana saya merasa geli dengan dirinya.

dia cuba untuk memeluk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling.

sejak itu hubungan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah. Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah.

dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. kalau saya tak call dia pun tak call saya. malam-malam kalau saya tak pelvk dia, dia juga tak pelvk saya.

saya nampak dia sibuk melayan whatsapp tapi saya buat b0d0 kerana ego dan saya pun layan telefon. Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya sampaikan mereka sudah banyak kali keluar bersama.

saya confront isteri saya dan dia mengaku. dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.

Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia sembahyang jemaah, puji dirinya macam-macam.

namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi. Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjany.

akhirnya dengan berat hati saya menceraikan dirinya dengan talak satu. sepanjang iddah saya seperti gilla tal4k saya kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu2 mesej dia minta maaf dan mahu merujuk.

Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu. sedangkan saya masih seorang diri. Saya selalu doakan supaya mereka bercerai supaya bekas isteri kembali pada saya.

Tolong doakan isteri kembali kepada  saya, mana lah tahu ada salah satu doa kalian dimakbulkan. Tolong sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *