Assalamualaikum MIN..harap disiarkan kisah ini untuk peringatan kepada pasangan di luar sana. Kisahnya begini min saya telah kehilangan isteri akibat serangan jantvng semasa dia sedang tidur dan ini agak memberi kesan kerana saya kehilangan isteri dan anak dalam kandungan yang berusia 6 bulan.
Setelah hampir 5 tahun menjadi bapa tunggal, kawan sepejabat memperkenalkan saya dengan seorang kenalan yang telah berpisah dengan suaminya. Di awal perkenalan, semuanya agak baik.
Dia begitu mesra dengan anak perempuan saya yang berumur 6 tahun dan selalu mengambil anak saya berjalan pada hari minggu. Bermula dari itu, timbul rasa ingin menamatkan zaman duda saya.
Segala urusan perkahwinan berjalan lancar. Buat pengetahuan pembaca, saya bekerja di syarikat perunding pembinaan dan arwah isteri saya telah membeli insuran hayat dan diberikan atas atas nama saya dan anak. Namun, selepas beberapa bulan perkahwinan.
Kelakuan isteri saya nampak kelainan. Dari segi percakapan, penggunaan bahasa dan kekemasan semasa dirumah. Agak berbeza dengan perwatakan arwah isteri.
Pernah sekali, anak saya ditempik kerana bermain di dalam bilik saya semasa saya berada di ruang tamu, pernah juga dia menolak anak saya sampai jatuh tapi dia menafikan lalu menuduh saya memfitnah dia.
Banyak lagi perilaku dia yang saya agak janggal seperti aspek membasuh pinggan, baju dan mengemas rumah. Semua itu tidak pernah dibuat. Memasak memang tak pernah selama hampir 9 bulan berkahwin.
Yang agak merungsingkan saya apabila adiknya datang ke rumah untuk meminjam duit untuk membesarkan perniagaan. Tapi yang saya lihat, adiknya hanya duduk di rumah tidak bekerja.
Setiap malam dia memujuk agar memberikan adiknya meminjam duit. Namun sehingga kini saya tidak memberikan sesen pun.
Dan akhir kepada hilang perasaan kepada dia apabila dia menamp4r anak saya kerana anak saya bermain permainan atas katil kami. Dan sekarang, saya izinkan dia keluar dari rumah saya dan dalam proses berpisah di mahkamah syariah kota bharu.