Assalam admin.. Tolong hide profile aku ye.. Ceritanya macam ni.. Aku dalam dilema.. Suami aku sekarang ni dah kant0i kawin lain dan perempuan tu dah mengandungkan anak suami aku.
Tapi, entah macam mane, bila dah kant0i tu baru dia sedar yang dia tak serasi dengan perempuan tu dan nak ceraikan dia. Tapi hati aku ni dah tak bole nak terima dia.
Tambah pulak dia ada anak dengan perempuan tu. Suami aku dengan aku memang tak ade anak. Aku tau dia memang sayang aku sangat2 dan tak sanggup lepaskan aku.
Dia kawin dengan perempuan tu pun atas dasar kesian. Kononnya nak tolong perempuan tu. Bila dah duduk sama dengan pempuan tu sejak kant0i dengan aku, baru dia perasan yang dia tak bole ngam dengan perempuan tu.
Dalam proses pemulihan yang Tapi aku rasa macam tak bole pilih. Dalam masa sama aku berkekalan dengan sorang ni dalam fb Orang Malaysia tapi dia bekerja diluar Negara kemati4n isteri dan ade Sorang anak.
Orangnya pun nampak baik dan serious nak aku dan dia tak tau yang aku dah kawin. Dia nak balik Malaysia dan nak jumpe dan seterusnya lamar aku. Dia selalu vC aku tapi aku pandai curi2 masa bila suami tak ada dirumah aku akan layan dia.
Dia selalu puji aku cantik dan tak pernah nampak perempuan secantik aku. dan dia suka tgk bila aku tak pakai tudung. Dia sayang aku sangat2 dan tak sabar nak jumpa aku. Tapi aku dalam dilema. Samada nak tuntut fasakh atau tak dengan laki aku.
Aku masih sayangkan dia Tapi tak dapat terima perbuatan dia tu. Aku tak bole maafkan dia. Tambah plak dia ade anak dengan pempuan tu. Tapi dalam masa yang sama aku kesiankan dia sebab aku tau dia sayang sangat pada aku.
Tapi entah macamane b0d0hnya dia bole kawin dengan perempuan tu hanya kerana kesian. Diorang hanya kenal dalam masa 3 hari je terus kawin kawin pula bukan kat Malaysia. Tambahan pulak katanya sebab nak anak.
Aku tak bole beranak. Tapi, bila perempuan tu dah mengandung, dia nak tinggalkan plak. Masalahnya sekarang aku tak tau nak buat keputusan. Kalau teruskan dengan laki aku, belum tentu dia akan terus setia sebab aku tak ade anak dengan dia.
Nak pilih yang baru ni aku pulak tak tau hati budi dia.. Tapi kalau ikut logik, dia mungkin lebih hargai aku sebab dia pernah kehilangan isteri yang mat! kema langan. Dan dia dah ade anak, jadi aku tak perlu pening lagi pasal anak.
Lagi satu, laki aku yang sekarang ni selain dari aku kesian dan masih lagi sayangkan dia, aku juga dah letih melayan nak bercinta dengan dia. Aku dah tak boleh nak sayang dia macam dulu.
Sekarang aku tak tau nak pilih mana satu. Aku tau istiharah adalah yang terbaik, Tapi nak nak minta pandangan dari korang supaya aku ade akal skit untuk buat keputusan tapi korang jangan la kecam aku. Terima kasih admin sebab siarkan.