Salam min. Aku dah kawin lebih 10 tahun. Suami baik dan bertanggungjawab alhamdulillahCeritanya dulu kami hidup susah tumpang rumah mertua mertua selalu buat muka sampaikan bila nampak saya dia akan hentak2 pintu dan baling2 barang.
Tapi susah2 macam mana pun, saya tetap ingatkan suami untuk belanja dapur untuk mak ayah dia pernah sekali kami betul2 susah, suami pinjam duit rm 200 dengan mertua, habis dicanangnya satu kampung kalau kami ni perabis duit mertua.
Mertua jenis berkira, barang2 dia memang saya tak boleh sentuh dan makan. tapi dia akan marah kalau suami saya tak makan masakan dia, dengan erti kata lain, dirumah tu hanya dia je boleh masak, dan saya tak boleh makan.
Jadi saya kena masak sendiri, suami pula dilarang sama sekali untuk makan masakan saya. Tapi kerja rumah kena saya buat, sapu, mop, basuh baju, dan segala kerja. Bila saya buat walaupun dah bersih, dia terus baling2 cakap tak bersih, pastu dia buat semula. Pelik kan?
So semua memang mertua control. Kalau saya masak, mesti dia komplen buat muka geli dan cakap masakanan macam tu serupa makanan kucing, bila suami makan, elok je tapi mertua larang.
Lepas 2 tahun berkahwin, alhamdulillah saya hamil dan rezeki anak bila suami dapat kerja gomen, gaji alhamdulillah cukup dah. Kami pun mula menyewa, mula2 mertua tak izinkan kami pindah, dia nak kami duduk dengan dia sampai bila2.
Pernah dia ugvt nak kasih kami bercerai kalau nak duduk asing. Tapi saya sudah tak tahan, saya cakap pada suami, kalau dia nak duduk rumah mak dia, dia sahaja disana, tapi sayaa duduk rumah sewa tapi suami taknak,
tapi syukur Alhamdulillah juga sebab suami dapat transfer jauh luar negeri, so nak atau tak, kami tetap pindah. Selepas anak lahir dan di 5 tahun pernikahan, hidup kami dah mula normal, namun saya tetap ingatkan suami supaya jangan lupa beri belanja pada ibu bapa dikampung.
7 tahun perkahwinan, saya mengandung lagi, dan rezeki anak, lepas saja melahirkan anak, saya mula berjinak2 dengan bisnes, mula2 memang sakit sangat, saya bisnes sendiri2 dan suami tak dapat membantu terus kerana suami juga bekerja, tapi lama2 kelamaan bisnes makin maju,
dan income tak besar mana tapi saya dan saya dah mampu upah berberapa orang pekerja. Dan sekarang syukur sangat kehidupan kami segalanya2 cukup. Kami dah mampu beli kereta, rumah dan segala galanya.
Masa cuti raya balik kampung, saya hadiahkan mak mertua gelang yang bernilai hampir 10k. Mak mertua ingat itu adalah duit suami, dan dia berterima kasih pada suami saya. Pada akhirnya mertua dah tahu juga kalau menantu yang dia hina sebelum ni sudah ada kerjaya.
Dan sejak tu saya sudah menjadi menantu favourite mertua, sekarang, walau saya goreng ikan masin pun mertua puji sedap. Memang macam ni ke perangai mertua pada menantu? Yang ada kerjaya sahaja dipuja2.
Aku tak pernah menyimpan dendam, dari dulu sampai sekarang tetap hormat mertua. Tapi agak terkilan dengan mertua macam ni. Pesan untuk diri sendiri juga dan semua para2 wanita diluar sana, semoga kita ikhlas sayangkan menantu seperti anak kandung sendiri,
Jangan menantu dan ada ada, baru nak pandang. Jangan benci menantu, mana lah tahu menantu yang kita benci itulah yang jaga kita bila tua nanti. Hormat mertua dan sayang menantu, itulah yang terbaik. Semoga mertua terus baik dengan kami sekeluarga walau apapun yang terjadi pada kami dimasa ini dan masa hadapan. Terima kasih.