Isu Keluarga

Yang paling saya tak boleh terima bila mereka main pelok2 tapi Bila nampak saya terus buat2 cover macam diorang tak buat apa2.

Salam. Saya nak minta pendapat semua. Saya isteri kedua, umur 31 dan dah berkahwin 6 bulan. Saya kawen atas pilihan keluarga yag menganggap saya anak d4ra tu4.

Jadi diorang terima lamaran suami orang untuk saya. Sebab isteri pertama sakit dan tak mampu uruskan keluarga. Jadi saya sebagai gantinya. Suami saya umur sebaya saya dan madu saya muda setahun dari kami.

Masalahnya. Sudah 6 bulan kawen.. Tapi suami saya baru bersama saya 5 ke 6 kali. Macam mana saya nak mengandung. Saya juga teringin nak anak. Tengok muka anak tiri saya comel2 ikut muka suami.

Lagi la saya teringin nak ada anak sendri. Dia macam tak minat dengan saya dan bersama sekadar tunaikan nafkah je. Dia suka menempek dekat bilik isteri pertama.

Isteri pertama selalu suruh dia tunaikan giliran bermalam dengan adil.. Tapi dia tak hiraukan. Isteri pertama sering minta maaf dan kata dia tak pernah halang suami ke bilik saya.

Saya hanya mampu senyum tawar. Apa lagi saya mampu buat. Setiap kali dia tidur di bilik saya dia akan bawa anak perempuan dia tidur bersama.. Alasan dia anak perempuan dia tu memang manja dengan dia..

Tapi bila giliran bermalam dengan isteri pertama.. Dia sumbat anak2 dia dalam bilik saya. Dia terlalu sayang isteri tua. Dia kawen dengan saya macam nak mudahkan urusan isteri dia je.

Tapi saya dia layan macam orang gaji.. Semua kerje rumah saya yang buat.. Memasak, mengemas, membasuh, jaga anak2..

Kadang2 je isteri tua tolong.. Kadang2 memang saya rasa nak mengamvk dekat isteri pertama tu tapi bila tengok muka dia hilang geram dan terus rasa sayang.

Sungguh saya rasa madu saya pakai barang kot nak bagi suami tunduk dan sape2 yang pandang dia terus suka dekat dia.

Yang paling saya tak boleh terima bila dengan isteri pertama bukan main berpeluk civm tak kira tempat.. Konon2 sorok2.. Tapi saya nampak.

Saya selalu intai diorang dekat dapur kat depan tv.. Bukan main mesra.. Bila nampak saya buat2 cover macam diorang tak buat apa2.

Dengan saya bersama pon macam terpaksa. Saya dah mula sayang suami saya… tak nak pikir nak pisah ke apa pon.. Dia sangat bertangungjawab.. Nafkah zahir tak penah culas.

Malah berlebih2 dia bagi untuk orang tua dekat kampung sekali… Tp nafkah b4tin tu..Saya pon nak bahagia.. Macam mana nak buat dia adil.. Berenggang sikit dengan bini tua dia tu.. Apa patut saya buat..?

Leave a Reply

Your email address will not be published.