Isu Keluarga

Paling malang bila saya hidang nasi untuk dia makan sebelum pergi kerja tapi dia terus campak botol air 3 liter dengan pinggan nasi dekat kepala saya

Assalamualaikum admin.. saya ada post hari tu pasal kes laki suka main jvdi 0nline. sampai semua duit habis min. duit nafkah yang tinggal rm70 dia ambil semua dalam beg duit saya. menangis min.

Sedih nya hanya allah yang tahu, anak saya usia 2 tahun tertumpahkn minuman dekat depan peti ais, saya geram letih stress saya terpukvl sikit tangan dia, pukvl seorang ibu bukan kuat pun sekadar marah pun tak berbekas min.

Suami saya marah kata saya asyik main hp, tak layan anak2. kalau saya ni asyik main hp sapa yang masak bagi anak makan. baju kerja dia sapa yang basuh hari2 min, anak dia ber4k sehari bukan nya sekali. Berkali2 tak ade pulak dia nak fikir.

Dia ugvt nak call mak ayah saya nak m4ki mak ayah saya min.. dia sruh saya berambvs dari hdup dia supaya tak menyusahkn dia lagi.

saya cakap memang aku akan berambus tapi aku tak kan bawa sorang pun anak kita hang jaga la dua2 aku tak nak langsung.. sambung pasal minuman tumpah tu dia suruh saya ganti.

Kalau tak ganti. dia balik kerja nanti dia nak pukvl saya min dia cakap. mana saya nak cekau duit. yang dalam bank pun dia dah guna habis main mesin. Transport pun saya tak ade min. Saya cakap sebelum ni aku kena pukvl dah teruk.

Aku tak hairan kalau hang masih nak pukvl aku.. bila saya suruh dia ceraikan saya dia tak nak. dia cakap adik beradik dia tak nak datang rumah saya sebab saya bela kucing adik2 dia tak selesa sebab sebelum ni adik2 dia kerap datang rumah. Masa dia marah tadi, dia tengah makan.

Paling malang bila saya hidang nasi untuk dia makan sebelum pergi kerja tapi dia terus campak botol air 3 liter dengan pinggan nasi dekat kepala saya sampai kepala saya berd4rah pastu dia seret rambut saya sampai depan pintu.

langsung dia tak hargai saya min. penat2 saya masak4n untuk dia sebab tak nak dia berlapar. Saya bertahan demi anak je. Kalau tak, memang saya dah lari dan tinggalkan anak.

Rasa nak chat semula ex saya sebab dia pernah janji akan tolong saya bila dalam kesusahan. Tapi saya risau isteri dia tak suka. Dalam masa yang sama, saya perlukan dia. Buntu sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.