Isu Keluarga

Ceritanya baru2 ni suami ada buat wasiat dengan lawyer yang semua harta dia yang ada sekarang ni akan dibagi rata untuk anak2 dia dari ex wife dia yang 3 orang tadi

Salam min, Saya ni bini ke 2 (kawin dengan duda anak 3) isteri dia minta cerai sebab taknak bermadu. suami saya umur 47 saya umur 31 saya kahwin dah 11 tahun, anak suami dengan bini lama 2 orang dah kahwin yang kecil bulan 2 tahun 2019 ni kahwin, anak saya dengan somi ada 3 orang jga lelaki sume, paling besar anak saya umur 8 tahun 4 bulan.

saya suri rumah sepenuh masa.. suami keje kat kilang aircond, duit masuk suami boleh dikatakan mencecah 5 angka sebulan, suami ada 3 buah rumah sebelum khwin dengan saya.

Ceritanya baru2 ni suami ada buat wasiat dengan lawyer yang semua harta dia yang ada sekarang ni akan dibagi rata untuk anak2 dia dari ex wife dia yang 3 orang tadi, saya tak kesah dengan sume tu. sebab dari awal lagi, saya tak berani nak bersuara pasal harta2 dia dengan ex wife dulu.

Cuma yang saya musykil sekarang ni saya duduk rumah sewa dengan dia, alasan dia sebab tak nak anak2 dia pandang buruk dekat saya bila saya duduk rumh bekas exwife dia dlu (dorang cerai hidup) ye la min.

Kalau saya dulu m4ti saya tak risau anak2 saya yang kecil2 ni duduk mana, sebab ayah dia takkan sia2kan anak dia, ayah dia sayang anak sama rata, cumanya saya takut ada apa2 dengan suami (demi Allah bukan saya mendoakan suami yang bukan2) nanti macam mana pula nasib anak2 saya,

dimana saya nak duduk, saya duit simpanan pon tak ada langsung, dia cakap nnti rumah untuk anak saya dia akan buat sndiri dengan hasil gaji dia yang kedepan ni. Supaya ex wife dia tak boleh nak ungkit rumah tu nanti, Tapi dia cakap macam tu start saya beranak 1,

sampai sekarang dah keluar 3 orang, tak ada apapun. Andai kata panjang lah umur saya bersama suami, dan suami jadi belikan saya rumah, tapi rumah tu atas nama dia, kalau ada apa2 jadi dengan suami, anak2 suami dari ex wife boleh usik ke rumah yang suami beli untuk anak saya?

Anak2 suami dari ex wife sebenarnya dengan saya tak ada masalah, kita orang jarang betegur sapa, tapi tak juga bermusuhan cuma saya hanya risaukan segala kemungkinan yang berlaku nantinya,

saya dah cakap dengan suami kalau beli rumah bubuh sekali nama saya, tapi dia salah anggap pula, dia cakap saya ni macam gilla harta, jadi saya malas nak cakap pasal bende ni lagi. Apa yang patut saya buat sekarang ni? Please jangan kecam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.