salam krt. terima kasih kerana siarkan luahan saya dan hidekan id saya. saya meminta maaf jika luahan saya ini kurang manis untuk di luahkan. Saya cuma meminta pendapat.
saya bekerja hanya membuka bisnes sendiri dan secara tidak langsung saya berkenalan dengan seorang wanita berstatus isteri orang lebih muda dari saya dan hanya surirumah sepenuh masa tetapi hanya sekadar kawan tidak lebih dari itu.
saya berkenalan dengan nya menerusi instagram disebabkan hanya meminta tips bagaimana saya mahu mengambil hati seorang wanita yang saya berkenan. Namun wanita yang saya berkenan tu bukan jenis suka melayan saya. saya pun bukannya jenis memaksa.
saya pun faham hati dan perasaan ini bukan boleh dipaksa. tetapi dengan wife orang itu pula saya menjadi sahabat kerana dia banyak memberikan saya kata semangat dan kami sering bertukar pendapat.
tetapi pada mulanya saya hanya anggap dia sebagai adik dan tidak mempunyai apa2 perasaan cinta. Kemudian selepas beberapa hari berkenalan saya lawat dia di tempat yang dia selalu keluar melepak bersendirian hingga kami terlanjur.
Apa yang membuatkan kami menjadi serasi kerana saya suka bergurau, suka usik dia dan berlawak manakala dia sorang yang periang.
saya melawat dia pun kerana saya bosan berjalan di bandar keseorangan melainkan ada event yang berkaitan dengan bisnes saya. selepas beberapa kali saya melawat dia lama kelamaan perasaan saya menjadi lain.
setiap kali bertembung dengannya saya berdebar. dan lama kelamaan, saya mula sedar yang saya sayangkannya tapi biarlah saya pendam tanpa pengetahuannya kerana dia tidak layak untuk saya.
apa yang membuatkan saya tertarik dengannya selain cantik seperti anak d4ra biarpun tembam, dia masi muda kerana kematangannya berfikiran terbuka jenis memahami.
Oleh kerana saya sayangkannya, dalam diam saya spy nya untuk mengetahui latar belakangnya. kebetulan family angkatnya adalah rakan sekerja saya, so situ saya bertanyakan latar belakangnya..
Apabila saya sudah mengetahuinya rupanya dalam diam dia di curangi oleh suaminya bersama isteri orang lain. dan jenis angkat tangan kaki kerana mereka berkata pernah nampak dia di pukvl kerana mengamuk disebabkan dia mendapat tahu suaminya menghubungi ppuan lain.
dan dalam masa yang sama family nya juga mempunyai krisis tersendiri. namun itu saya tak kisahkan kerana anggapan saya, dalam setandan pisang tak semua nya busuk.
Selain itu, saya mendapat tahu bahawa family suaminya itu juga jenis teruk kerana suka membawang anak orang lain sedangkan mereka sendiri lebih teruk. saya sedih sampai mengalir air mata saya bila dapat tahu dia diperlakukan sebegitu.
Jujur saya cukup risau kerana bila melawatnya dalam diam ada kesan lebam di tubvh badannya cukup saya simpati tapi saya tidak boleh berbuat apa kerana itu soal rumahtangganya.
biarlah saya pendam semuanya tentang masalah yang di hadapinya kerana saya tidak berhak ke atas dirinya biarpun pada akhirnya dia mengatakan yang dia mencintai saya kerana dia katakan saya orang yang baik..
Dan dia juga mengatakan dia terima diri saya seadanya biarpun saya tak dapat memberi kesemuanya sepertimana dia di sara oleh suaminya.
banyak orang mengatakannya dia seperti orang bekerja kerana memiliki pakaian yang cantik dan berjenama berbanding saya sehingga ramai rakan saya yang perempuan melihat dia dari atas hingga kebawah.
tapi dia bukan jenis yang suka menunjuk kerana dia akui bahawa itu semua dari nafkah suaminya. namun begitu.. biarpun kami saling mencintai.
kami amik keputusan hanya bersahabat dan hanya akan contac bila ada hal penting saja kerana saya hormat dia sebgai isteri orang. apapun saya doakan semoga dia berbahagia dengan suaminya dan semoga Allah hancurkan orang ketiga dalam rumahtangga mereka.