Salam min. Saya banyak baca pasal hidup bermadu ni dan saya salah seorang daripanya. Suami saya umur 33, ade isteri dan anak dua orang. Diorang dah kawin dalam 8 tahun.
Saya pulak umur 20an, Saya mula berkenalan dgn suami saya dr tahun 2013 time practical dulu. Mase tu saya tak tau pun dia dah berkawin dan kami pun couple.
Sampai lah akhir tahun 2014, time tu saya dah nak habis degree and masa tu saya kerap dapat wassap dari no yang saya tak kenal and slalu m4ki2 saya. Saya pun abaikan dan tak amik tahu.
Segalanya kantoi bila saya tengah mencari keje di KL time tu. Suami saya lah yang bawa saya pegi interview, dan time tu jugak dalam kereta saya dapat SMS dan CALL m4ki2 Saya ckp saya perempuan tak tahu malu,
gatal mereny4m nak laki orang, siap cakap HIDUP TAK PERNAH SENANG KALAU HIDUP DGN DIA. SKRG AKU TENGAH NGANDUNG ANAK KEDUA dia. mula2 saya buat b0d0 je tapi dia main call2 plak.
Saya pun tanye suami saya time tu merangkap BOYFRIEND, kenal ke no ni. Dia ckp tak kenal. Saya paksa jugak dia mengaku dan last2 dia mengaku dia dah kawin. Dia jawab call tu and m4ki bini dia dalam call.
Saya tanya kenapa m4ki dia, kenapa selama ni tak penah jujur dengan saya? Dia jawab, dia tak tahan dengan perangai bini dia. Untuk pengetahuan semua, dia dengan bini dia PJJ, dia keje KL and bini dia keje JB time tu.
diorang akan jumpa sebulan sekali je tu pun kalau ade masa free sebab yang suami yang ni keje shift. Ape maksud dia tak tahan dengan perangai bini dia? Dia jawab, setiap kali dia balik kampung bini dia,
bini dia terus ajak jalan walhal dia tau yang si suami ni keje shift, balik tengah malam terus gerak balik kampung tak tido lagi. Bila balik kampung, bini dia tak pernah hidangkan makan sampai mak perempuan tu sendri yang suruh dia hidangkan,
baru dia layan laki dia. Masa anak first lahir, bini dia tak jaga langung, dan dia biarkan laki dia jaga dia sorang. Diorang ni kawin sebab suami saya terhutang budi kat mak bapak perempuan ni yang dah tolong mak dia sakit kt wad dlu sebab bapak pmpn ni doctor.
And mak perempuan ni yang minta suami saya kawin dengan anak dia sebab time tu boyfren anak dia keje tak elok and mak dia reject. Suami saya pun kawin dengan dia sebab time tu dia baru putus cinta.
Sebulan lepas tu Mak suami meningg4l, and seminggu sebulan diorang nikah, kakak ipar saya mimpi yang mak dia tak bagi suami saya kawin dengan perempuan tu. tapi persiapan sume dah siap and lanjutkan jugak.
Saya tanye kenapa ade anak kedua kalau tak pernah sayang bini dia? Dia jawab sebab nak sakitkan hati mak bapak perempuan tu yang selalu merendahkan2 family suami. Diorang ni orang kaya min, biasa la doctor, madu saya ni pun orang gomen pangkat bsar, so bila suami ni keje swasta, engineer je.
Family diorang ni macam suke memperlekehkan orang, sebab family pmpn ni dari bapak, makcik pakcik atok nenek sume orang gomen. bini dia nak jadi macam mak dia queen control, even bapak perempuan tu pn dengar je ckp mak perempuan tu.
Dia slalu m4ki2 suami saya and tak pernah amik tahu langsung pasal family belah suami. Barang2 sume nak branded tak main barang cik4i2 kat pasar malam. Kalau tak dapat,
dia akan ungkit m4ki suami cakap menyesal kawin lah, tak dapat hidup senang lah. Even saya sendiri bukak hp suami bace msg diorang, memang terasa betul ape yang dia cakap.
Lepas dah kantoi, mak perempuan tu suruh suami pilih nak anak dia atau nak saya. Suami saya cakap pilih saya, and mak perempuan tu suruh suami saya ceraikan anak dia, tapi anak dia nangis2 tak nak.
Time ni jugak, bini dia minta transfer KL. Start hari tu saya diamkan diri lame and dia mula cari2 saya. Saya cuba lupakan dia min, tapi tak boleh. Padahal time tu saya banyak lagi lelaki single yang boleh saya cari.
Saya cuba berkwan dengan orang sebaya dengan saya, tapi pemikiran diorang tak matang and tak dapat bagi solution kalau saya ade ape2 masalah. Saya mula balas wassap dia and kami bercinta macam biasa.
Pertengan tahun 2016, kami pun nikah and ditakdirkan saya bvnting pelamin. Time ni juga madu saya dapat transfer KL and rumah kami dekat2.
Setiap hari suami akan gilir2. Contoh isnin, rumah saya, selasa rumah dia, dan begitulah selanjutnya. Suami saya selalu crita masalah dia dengan bini pertama kat saya dan saya selalu jadi pendengar setia.
Masalahnya sekarangsejak kami kawin bini pertama dah pandai masak tapi hanya tahu masak asam pedas and kukus ikan je yanng lain tak pandai. masak tak boleh letak garam, tak boleh makan yang berminyak. So bila makan tu rasa tawar je tak ade rasa.
Konon nak diet, tapi saya tengok badan tetap gemvk tak kurus pun. Paling saya tak suka madu saya ni slalu stalk fb saya, sampai saya terpaka private semua gambar saya kalau saya pegi jalan.
Kalau amik gmbar pun tak boleh post sebab suami cakap nanti madu saya ni akan demand lagi lebih. Diorang selalu bergaduh sebab madu saya ni suke mintak duit untuk shopping,
padahal setiap akhir bulan memang suami dah sediakan and agihkan siap2 duit umah, duit anak2, duit blanje kat kit aorang.
Tapi dia selalu minta lebih, bila takbg dia tuduh suami habiskan duit tu kt saya, pdahal suami dh bg sama rata. Saya kesian tgok suami, dia sndri pn jugak ade ME TIME and shopping brg dia.
Tapi madu saya ni takpnh paham. Nak dijadikan cerita, saya bersalin 2017 anak pertama, and bila anak baru 9 bulan, saya pregnant lagi, sekara g anak saya dah 2 orang.
Lagi lah bini dia mengamvk cakap saya macam2.. bila diorang gaduh je, suami saya akan Duduk umah saya je, and tak balik umah dia. Saya sampai rasa serba salah, sebab saya tak nak suami jadi tak adil, bila suami tak balik,
madu saya ni mula lah msg2 saya tuduh2 and m4ki2 saya sebab saya laki dia tak balik umah, Bila saya block, dia msg guna no lain plak.
Stiap kali diorang gaduh jadi macam tu min, saya ni kadang2 taktau saya yang dewasa dari diorang ke atau diorang lagi matang dari saya. Pdahal saya bru umur 26, diorang tu sebaya, Sebab bila suami tak balik sana, saya yang akan pujuk dia suruh balik rumah madu saya tu.
saya paham madu saya tak boleh trima saya. Tapi Ada ape2 cadangan tak untuk saya berbaik dengan madu saya min? Saya tak nak lah hidup bermusuh. Saya pernah msg madu saya minta maaf semua and nak berbaik tapi dia buat b0d0.
Bluetick je. Tapi bila saya tak balas msg dia, dia punye mengamvk m4ki2 saya berbakul2. Mohon bantuan cara2 berbaik dengan madu?