Isu Keluarga

Paling tak boleh tahan dalam keadaan saya tak sihat pun mak boleh cakap anak kamu tak ada lauk tu masak la nasi dah habis kat dapo masak la nanti laki kamu balik nak makan

hide kan profile saya admin terima kasih..
assalamualaikum sahabat KRT. saya cuma nak minta pendapat berkenaan masalah saya.. harap saya mendapat jawapan yang membina dan bukan berbentuk kecaman. saya seorang surirumahtangga.. dengan suami saya tiada masalah. tetapi bermasalah dengan ibu sendiri.

Saya terpaksa tinggal di rumah ibu saya kerana masih belum mampu untuk menyewa atau membeli rumah sendiri. saya anak sulung dalam rumah saya tinggal sekali dengan adik beradik saya yang kesemuanya sudah besar2.

tetapi masalah nya dekat sini, hampir kesemua kerja2 di rumah saya yang kena buat.. saya dengan anak lagi nak kena tengok dan jaga. anak saya baru berumur 1tahun dan dia masih menyusu badan.

kadang-kadang saya tengah sibuk melayan anak mak saya suruh buat itu ini seperti memasak.. mengemas.. atau Paling tak boleh tahan dalam keadaan saya tak sihat pun mak boleh cakap anak kamu tak ada lauk tu masak la nasi dah habis kat dapo masak la nanti laki kamu balik nak makan.

Itu antara ayat2 yang selalu ibu saya cakap. kalau saya lambat masak tengah hari atas hal yang lain dia sanggup tunggu saya masak kan jugak untuk dia. mak saya bukan tak tau masak tapi ya allah dia terrsangatt laaa pemalassss.. dengan anak cucu pun nak berkira tenaga..

walau pun dia orang yang terakhir makan dia tetap bagitau saya nasi dah habis.. masa tu saya tengah susu kan anak saya.. kenapa dia tak boleh tolong masak kan nasi? kadang -kadang sampai saya nak makan saya terpaksa masak dulu baru saya dapat makan

sampai saya menggigil sebab dah terlalu lapar.. pinggan2 yang dia makan pun dia tak nak basuh main tinggal je dalam singki.. ibu saya selalu bagi alasan penatt.. tapi penat ape nye dia bukan buat apa-apa pun kat rumah..

tak tau kenapa sikap ibu saya macam tu saya tau la semua barang2 dalam rumah ni dia yang beli tapi mesti kah seorang ibu berkira tenaga dan wang dengan anak sendiri? sejujur nya saya sedihh tengok ibu orang lain yang sporting sama2 masak untuk anak cucu.

saya sebenarnya jarang dapat makan masakan air tangan ibu saya. kalau orang lain mesti akan terindu-rindu masakan ibunya yang katanya antara yang tersedap. tapi saya pula terbalik..

saya yang masak sendiri kalau nak makan apa-apa. ntah la sahabat, berdosakah saya kalau saya berasa marah dengan sikap ibu saya tu. mungkin saya terlalu penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *