salam min. Mohon hide profile.saya duda umur 39 tahun anak 4 orang. Ex umur 40 tahun kami kawin dlm usia muda.. 18thun berumah tangga akhirnya bercerai pada tahun lepas.
Anak2 kami yang sulong dah umur 18 tahun yang bongsu 12 tahun. kami cerai cara baik dimahkamah ex yang beriya minta cerai saya ada hasrat untuk rujuk blik tapi tak sangka ex kawin lain lepas habis saja eddah.
bila masa ex berkenalan dengan suami barunya pun saya tak tau. Mungkin itu dah jodoh dia atau mgkin mereka dah berkenalan lama sebelum kami bercerai lagi.
wallahualam Allah saja yang tau. ex seorg yang berkerjaya gajinya pun lebih besar dari saya. Mungkin sebab tu juga ex kurang hormati saya sebagai suaminya dulu. saya cuma kerja biasa2 saja dengan gaji bersih 4k sebulan tak lah besar mana.
Ex anggap saya cuma tumpang kesenangan dia sebab gaji lebih dri saya. Tiap2 bulan gaji saya akan bagi bulat2 pada ex. saya sedar memang saya tak mampu nak berikan kesenangan pada ex dulu.
Mungkin sebab tu jugalah kami bercerai. Saya redha. masa kami bercerai dulu ada buat perjanjian iaitu rumah kami yang dibeli atas nama bersama diserahkan kepada ex sepenuhnya dan nafkah anak sebanyak 3k sebulan.
Saya bersetuju untuk berikan hak itu sebab masa tu saya tak terfikir langsung ex akan kawin lain. b0d0 nya saya masa tu. Sebab fikiran saya ex akan tggal dengan anak2 kami dalam rumah tu tanpa ada insan lain.
Tak tau pulak tup2 dah bawak suami baru duduk rumah tu. Saya rasa kesal dengan tindakan ex seolah olah macam menipu untuk mendapat hak rumah sepenuhnya.
Harta dunia memang tak dibawa kemana tapi saya terkilan rumah yang kami usahakan bersama tiba2 dia bawa lelaki lain yang tinggal bersama.
Sedangkan setiap bulan ansuran rumah kami bayar bersama dulu. Bagaimana pula ex kata saya tiada sumbangan lgsg pada rumah tu sedih kadang fikirkan.
Skrg ni saya tak tahu saya masih ada hak atas rumah tu atau tidak disebabkan surat mahkamah syariah telah menyatakan hak rumah telah diberikan pada ex tapi dlm geran dan pinjaman masih ada nama saya dan ex…
Berkenaan dengan nafkah anak pula sebelum ni seperti yang dipersetujui saya akan berikan 3k sebulan. Tapi baru2 ni syarikat tmpt saya brkerja telah cut overtime jadi pendapatan saya ada berkurang sedikit.
Saya telah berikan nafkah kurang 300 dari jumlah yang asal.. ex telah tuntut saya untuk bayar penuh. Saya dalam dilema sekarang diantara tangungjawab, janji dan takut dosa jika ingkar dari perjanjian.
Bukan saya nak lagi lari dari bayar nafkah cuma kurang sedikit dari jumlah asal. kerana bila ditolak nafkah baki yang ada pada saya untuk truskan hidup adalah sbnyk 1000 sbln belum tolak duit kereta api air serta duit mkn..
nak menyimpan pun memang tak dpt lah. Tapi untuk anak2 saya sggup brkorban wlpn tak cukup untuk diri saya sendiri. untuk berkahwin lain pun hati saya dah memang tertutup memandangkan saya memang tidak mampu.
Baki gaji saya hnya mampu untuk tampung hidup saya sendiri mana mgkin saya dpt beri kebahgiaan pada isteri saya jika saya kawin lain nanti. tapi tak apelah. Saya bukan jenis kaki perempuan, kaki social.
Doakan saya kuat untuk hidup sendiri tanpa pasangan untuk menemani saya.. pada saya sisa umur yang ada ni saya abdikan diri untuk beribadat dah mohon ampun bnyk2 pada Allah. maafkan saya kalau ayat berterabur. Sekian luahan saya