Isu Keluarga

Ceritanya saya terlalu sayangkan suami sampaikan segala saya sediakan malah kadangkala saya yang berikan perbelanjaan buatnya

Salam admin. Terima kasih jika admin menyiarkan cerita tentang ini. Saya ingin bertanyakan pendapat semua. Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa. Cukup saya bertanyakan pendapat sebetulnya dari semua.

Cukuplah dengan nama samaran saya raudah. Saya telah mendirikan rumah tangga dalam 10 bulan. Kini saya dah pregnant 8 bulan. Tinggal tunggu masa untuk bersalin. Menghitung hari katakan. Tapi bukan tu yang saya nak bincangkan.

Ceritanya saya terlalu sayangkan suami sampaikan segala saya sediakan malah kadangkala saya yang berikan perbelanjaan buatnya sedangkan gaji saya tak seberapa. Tapi cukuplah untuk buat suami saya bahagia dan cukup makan.

Biar saya lapar janji dia makan. Saya tanggung hutangnya. Hutangnya keliling pinggang. Kadang, duit lauk dirumah atau ada makan diluar, 9/10 duit saya. Rokok dan belanja makan pakai dia semua saya tanggung.

Dia kerja makan gaji juga, macam saya Tapi saya tak pasti, kemana duitnya pergi. Kadang kalau dia tak hulurkan, saya faham mungkin dia memerlukan perbelanjaannya sendiri. Kadang, jika dia buka purse saya, tiada duit. Dia akan ‘buat muka’.

Tak selamanya saya berduit. Tapi saya terkilan sangat. Sewa rumah, bil astro, elektrik, semua bawah tanggungan saya. Baju dan barangan anak yang bakal lahir, 9/10 saya yang sediakan. Itu berkenaan nafkah zahir.

Berkenaan nafkah b4tin. Bulan ni masuk 3 bulan saya tak disentuh. Ada juga saya usik usik dia, tapi dia bagi alasan nak tidur. Dan saya pernah dgr satu ceramah, ustaz beritahu. Bawa berbincang.

Saya dah cuba, tapi saya dimarahi semula. Adakah saya perlu rujuk ke pejabat agama berkenaan dgn nafkah zahir dan b4tin ni? Atau ada cara penyelesaian lain? Saya harap dgn kehadiran cahaya mata kami dapat membuka lembaran baru buatnya.

Kdg saya terfikir, adakah dia akan berubah? Doakan saya. Saya nak minta nasihat. Tolong jangan sugest cerai sebab saya memang tak boleh hidup tanpa dia. Saya nak dia berubah. Tolong saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.