Admin tolong post luahan hati saya. Assalamualaikum admin dan warga KRT.
26/11/18 Genap 5 tahun usia perkahwinan kita. Untuk ex husband saya, terima kasih atas semua yang awak dah beri kepada saya, terima kasih sudi menjaga saya dan anak kita, mendidik serta membimbing kita (saya dan anak)
Dan terima kasih atas goresan luka yang awak beri untuk saya. Saya putuskan pergi bukan sebab saya dah ada pengganti awak, tapi saya hanya nak menjaga hati saya sendiri. Saya pergi sebab awak yang meminta saya tinggalkan awak dan pergi dari hidup awak.
Dalam hati awak dah tak de saya pun, Selama 5 tahun memang raga awak dapat saya miliki, tetapi saya tidak memiliki hati awak. Terima kasih atas kebahagiaan yang awak beri selami ini walaupun hanya sekelip mata,terima kasih atas pengorbanan awak,saya hanya menumpang kasih, tidak lebih dari pada itu.
Akan tiba masa nya awak akan merindukan sorang wanita yang selalu bebel, marah awak jika balik lewat sebelum maghrib. Awak akan rindukan tangisan dan pertanyaan2 sorang budak, awak akan rindukan sorang wanita yang selalu hidangkan awak makan,
angkat pinggan bekas awak makan, yang siapkan semua makan minum, pakaian awak. Awak akan rindukan sorang wanita yang selalu tanya awak dah sembahyang ke belum, esok keje mane dan lain2.
Sepenat penat nya saya, walau pun saya sakit, saya akan tetap buat kerja rumah dan tetap layan awak dan melakukan tugas sebagai sorang isteri. Saya bukan tak nak berbaik dengan awak demi anak saya, saya bukan tak sayang rumah tangga kita,
tapi saya dah penat bertahan dan berjuang sorang2, saya dah penat nak jaga hati semua orang, sampai2 hati saya tak de orang jaga. Tiap kali saya ingin berbaik dengan awak, dekat kan diri kepada awak, tapi saya fikir balik, saya takut, sebab saya takut sakit hati.
Awak lebih pentingkan handpone dari pada isteri dan anak awak. Paling menyakitkan bila awak lebih penting kan sms dan call dari isteri orang yang memang sah2 adalah bff saya sendiri yang menyandang isteri orang,
awak lebih pentingkan orang luar, dari pada saya yang selama 5 tahun hidup dengan awak, saya yang mendampingi awak selama ini, saya yang menjaga awak ketika awak sakit, sehat, susah mahu pun senang.
Semudah itu awak nak lupakan semua, semudah itu awak dapat membagi hati dengan banyak perempuan.Saya takut nak dekat dengan awak, saya dah trauma sebab awak tak dapat jaga hati saya, saya berada dekat awak, awak pun boleh dengan semudah itu layan handpone sms dan call perempuan lain.
Awak langsung tak ingat, Dulu sebelum menghalal kan saya awak ada 1 kete buruk lepas hidup dengan saya kita boleh beli 3 kete sekaligus kita boleh duduk rumah yang besar tapi semudah itu awak berubah. Terima kasih banyak2 ku ucapkan.
Kini tiba masa nya saya pergi untuk melangkah kan kaki dari hidup awak, tugas saya menjaga awak dah habis. Semua saya serahkan pada pengganti saya yang awak pilih tu. Terima kasih admin, dan warga kRT yang sudi membaca luahan hati saya.