Isu Keluarga

Ceritanya semasa mencari charger telefon di beg galas komputer suami saya terjumpa peralatan menghisap b4tu

Assalamualaikum admin. pertama,saya bukanlah ahli dalam group ni. tapi adakah tidak keberatan untuk menerima sedikit luahan hati saya ini disini? jika admin sudi mengongsikan luahan saya ini,saya minta dirahsiakan identiti saya dan saya ucapan Jazakumullahu Khairan Kathiran.

ini hanyalah sekadar luahan hati seorang insan biasa bernama isteri.
saya perkenalkan diri saya Emma (bukan nama sebenar). sudah mendirikan rumahtangga hampir 14 tahun dan mempunyai 3 cahaya mata. Alhamdulillah.

saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa. suami pula bekerja sebagai penjawat awam. ertinya,saya hanya membesarkan anak-anak 24jam sehari, 365 hari setahun. duit nafkah kadang2 suami bagi kadang² dipinjam balik.

bantuan bpr saya, kadangkala diguna untuk topup keperluan yang lain. sebabnya duit gaji sentiasa tak mencukupi. suami saya mula tahun ni,berjinak dengan “b4tu”.

Ceritanya semasa mencari charger telefon di beg galas komputer suami saya terjumpa peralatan menghisap b4tu. saya tanya,suami mengaku. tahun lalu,suami hantar mms gambar dia beli setin g4m untuk his4p g4m.

dia berpesan agar saya tidak menegur setiap tindakan dia. saya sebatang kara di dunia ini. arwah mama meningg4l masa saya berumur 4tahun. hidup sendiri2 dari kecil. bapa pula selepas beberapa tahun arwah mama meningg4l dia kahwin lain dan tinggal bersama isteri barunya.

sejak bapa berkahwin lagi tu,bapa sudah lama sambil berat tentang membesarkan saya. bayangkan saja, adik saya yang dilahirkan arwah mama sebelum dia meningg4l diserahkan kepada arwah nenek. saya tiada tempat dituju.

Bapa pula sekarang ni tiap-tiap hari asayaik telefon saya menyuruh agar saya membuatkan rumah sebab dia pun nak tinggal dengan saya lepas siap rumah tu.
masalahnya,saya tiada apa-apa sekarang ni. bapa pula asayaik mendesak.

bila saya zikir cakap dia mulalah perli saya bukan-bukan. saya juga sudah tidak tahan tinggal bersama suami. saya dan anak-anak diabai selama ini. saya ni bila-bila masa saja nak tinggalkan suami tapi halang saya ialah saya takmampu..

tidak ada kemampuan saya dari segi duit dan rumah sendiri. semua bukti saya dah simpan. kalau sebelum ini semua bukti dia musnahkan dengan memecahkan telefon bimbit saya maka kali ini saya save semua bukti dalam e-mail.

saya berhak untuk hidup tenang. saya berhak menghargai diri saya sendiri. berhak menghirup udara segar dan merasa ringan didada. saya sudah semakin lemah,tidak kuat lagi menghadapi ujian hidup ini. tapi apakan daya,terpaksa hadap juga dengan cekal dan sabar.

doakan saya dipermudahkan segala kesulitan yang saya hadapi. saya cuma nak hidup tenang.. dapat beramal dengan tenang tanpa banyak kekusutan dihati. sekian. terima kasih admin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *