Assalamualaikum min. Mohon hide profile saya. Aaya seorang isteri berkerjaya dan dah 16 tahun berumahtangga, punyai 2 orang anak.
Ceritanya suami juga merupakan penjawat awam dan malangnya telah diberhentikan setelah beberapa kali terlibat dengan penyalahgunaan d4dah.
start dari kahwin, dah 4-5 kali dia telah di angkut dengan narkotik sebab saya sendiri buat laporan. Akhir sekali dia ditahan dan terus pihak atasan mengambil tindakan buang kerja.
sebelum diberhentikan kerja lagi, saya yang banyak menanggung keperluan rumah walaupun gaji kami hampir sama kerana duit dia banyak habiskan untuk beli benda h4ram tu.
Rumah, kereta2, motor semua nama saya dan dia tiada apa2 pun (saya tak merendah2 kan dia), cuma sebab dia tak beringat pasal masa depan bila terlibat dengan d4dah. semua saya dah ada jd dia fikir dia selesa.
Last sekali dia ditangkap kerana saya report kepada AADK. masa tu dia sembah kaki saya janji untuk berubah (sebab sebelum ni narkotik tahan reman 4-5 hari shj), jadi tiada ape yang dia nak serik.
Cuma bab anak2, memang saya kagum kat dia. Dia sangat sayang pada anak2 dan anak2 terlalu rapat dengan dia berbanding saya.
Dia memang tak pernah pukul anak2 apatah lg saya. Cuma mood dia sekelip mata akan berubah. Dari periang lepas tu akan jd marah tak semena2.
Cuma kalau dia marah tu, jangan lah banyak tanya atau cakap dengan dia. Dia bukan jenis melepak dengan kawan2, balik kerja memang life dia di rumah je dengan family.
Dia bukan kaki ngeteh, kaki lepak, kaki game. Dia juga selalu bantu saya buat kerja2 rumah dan jaga anak2 bila saya bekerja.
cuma kdg2 kalau dia di bawah pengaruh d4dah tu dia byk tidur dan tak hirau pasal rumah. Persoalan saya, sekarang dia di dalam pusat pemulihan dan taktahu bila akan bebas.
jadi apakah tindakan yang saya perlu buat memandangkan dia pun tiada kerja dah juga dia telah diisytiharkan muflis akibat loan2 yang tak dibayar masa dia kerja dulu.
Perlukah saya masih perlu bagi dia peluang atau sebaliknya? bukan nak tinggalkan sebab dia tiada harta, saya terima dia seadanya walaupun tiada harta sb kami sama2 asal orang susah juga.
cuma untuk masa dpn saya dan anak2 yang semakin membesar. Kerana anak2 kata dia amik benda tu depan anak2 masa saya kerja, cuma anak2 taktahu dia buat ape.