Hai min tlg hide profile saya. Saya berkahwin dengan suami, duda anak 2, saya janda anak sorang. Suami memang menjaga ibunya setelah kem4tian ayahnya.
Dan kami serumah dengan ibu mertua. Betulah kata orang elakkan sebumbung dengan mertua, dalam islam pun ada kata. Awalnya tiada masalah.
Tapi selepas 6 bulan berkahwin mula lah benda kecik pun di rasa besar, dia mudah kecil hati bila saya marahkan anak saya.. Padahal saya tidak tuju kat dia pun.
Dia terasa seolah2 saya marah kan dia. Ibu mertua selalu memenangkan anak tiri serta selalu mencari kesalahan anak saya. Padahal anak tiri saya pun ada juga buat salah tapi dia hanya tutup sebelah mata.
Bagi dia cucu dia sahaja yang baik yang nakal semua anak saya. Ada masa saya perlu tegur jika mereka ada buat kesalahan.. Tapi belum sempat saya tegur dia akan tarik cucu dia masuk dalam bilik takut saya marah cucu dia.
Saya tak pernah naik tangan pada anak tiri salahkan kalau saya marah sebagai tanda nasihat. Ceritanya lepas memasak saya biar kuali atas dapur tidak terus dibasuh sebab kuali masih dalam keadaan panas, dia masuk ke dapur kemudian bising2 kata saya buat kerja tak siap, dapur tak lap.
Dia tak bising depan saya tapi saya dengar dari dalam bilik memang dia membebel2 marahkan saya. Faham tak apa saya rasa? Saya rasa terkongkong dengan kehidupan sendiri.
Kita tau badan kita, penat nak rehat sekejap kemudian saya sambung basuh, saya nak hidup cara saya sendiri bukan ikut seperti cara dia. Sehinggalah 1 hari hubungan kami suami isteri menjadi tegang..
Saya tak sangka ibu mertua menceritakan hal ini kepada adik beradiknya yang lain.. Terjadi campur tangan yg membuat kan saya rasa tersangat sakit hati dan saya keluar dari rumah menumpang rumah orang tua di kampung.
Selepas insiden itu suami mencarikan rumah sewa untuk kami anak beranak, dan kami suami isteri terpaksa tinggla secara berasingan kerana alasan suami terpaksa menjaga emaknya.
Kami seperti pasangan jarak jauh, selama 1 tahun duduk berasingan suami hanya dtg bermalam 2 kali sahaja. Selebihnya dia akan datang setiap hari pada waktu siang.
Saya terpaksa mengalah.. Hidup umpama perempuan simpanan.. Entah sampai bila begini.kesabaran saya ada hadnya.. Makin lama saya rasa hubungan kami makin jauh