Isu Keluarga

Selepas setahun saya di utara tanah air pada satu hari di bulan puasa suami mengajak saya ke Gerbang malam di Ipoh

Assalamualaikum Admin tolong share kisah saya . Dan tolong hide profile saya ya.Saya dan suami berkahwin ada dasar cinta . Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata.

Tahun pertama perkahwinan alhamdulillah semuanya baik baik. sehinggalah masuk tahun ke 2, saya telah dapat tawaran bekerja di utara tanah air dengan jawatan yang agak bagus dan gaji yang boleh tahan lumayan.

Saya tidak terus menerima tawaran tersebut dan berbincang dengan suami, jika saya menerima tawaran tersebut bermakna kami perlu PJJ ( Perhubungan jarak jauh )

Setelah berbincang ” pro & cons ” suami mengizinkan saya menerima tawaran tersebut memandangkan kami tidak mempunyai komitmen anak ketika itu dan tidak menjadi masalah untuk dia dan saya menjadi weekend husband and wife .

Selepas setahun saya di utara tanah air pada satu hari di bulan puasa suami mengajak saya ke Gerbang malam di Ipoh, Dia cakap hendak belanja saya beli kelengkapan raya kami.

Semasa berjalan suami asyik leka dengan handphone . Bila saya soal dia cuma jawab  group whatsapp bola dan hal kerja . Tapi hati saya curiga cuma saya tak mahu panjangkan issue so saya just diam dan abaikan sahaja.

Selepas raya , pada satu pagi jam lebih kurang 4.50 pagi handphone suami tak berhenti “vibrate” . Tapi suami tak sedar drpd tidur . Saya terjaga dan nampak di screen handphone suami nama ” Em4 S4yang ” call .

Saya jawab dan talian dim4tikan . Saya terus kejut suami dan tanya . Suami mengamvk dan m4ki saya sebab usik handphone dia. Kami bergaduh teruk dan saya telah hilang kawalan menumbvk muka suami sehingga suami terhentak di dinding dan kepala dia berdar4h.

Saya telah balik ke rumah saya di utara tanah air pagi tu juga. Suami langsung takda call atau text saya. Saya sangat kecewa dan telah failkan kes di mahkamah. Selepas beberapa sesi kaunseling , suami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut dan saya juga telah memaafkan suami.

Saya fikir suami betul betul berubah , rupanya makin jauh terpesong. Setiap kali sebelum suami datang ke rumah sewa saya di utara , suami akan singgah dulu berjumpa Em4 untuk melepaskan rindu diorg ..

Perkara ini telah berlanjutan selama 2 tahun tanpa pengetahuan saya. Betapa bijak suami sembunyikan perbuatan terkvtuk mereka. Tapi Allah maha kaya. Sekali lagi terkantoi bila suami terlupa lock handphone semasa mandi

Saya buka dan nampak mesej2 jijik luc4h dan gambar2 diorg atas katil.. Saya rasa dunia saya gelap. Saya ambil nombor handphone Em4 dan call ajak berbincang . Emma setuju.

Rupanya Em4 isteri orang . Dia hanya berseronok dengan suami saya sebab dia cakap suami saya pandai layan perangai dia . Allahuakhbar.

Saya ugvt Em4 nak call suami dia dan sebarkan gambar mesra dia dan suami saya di facebook jika dia masih nak berhubung dengan suami saya. Dan Emma stop ctc suami saya..

Saya panjangkan kes ni pada mertua saya tapi saya terkejut dan sedih sebab mertua salahkan saya sebagai punca suami saya curang .

Saya masih ingat ayat ibu mertua saya ” KAU LAH SALAH SIAPA SURUH KAU KERJA JAUH JAUH TINGGAL DIA DISINI , PENAT AKU KAWENKAN KORANG HABEH DUIT PULUH RIBU , INGATKAN KAU BOLEH JAGA MAKAN PAKAI DIA TAPI KAU DUDUK JAUH . PADAN LAH DIA CARI LAIN YANG BOLEH BAGI SENANG DIA ” . allahuakhbar .

saya hanya mampu menangis sahaja . 2 tahun saya berjumpa pakar sakit ment4l , keluar masuk wad dan makan ubat.. Saya cari Allah dan cari diri saya balik.. Saya bersangka baik Allah uji saya selayaknya sebab saya mampu menerima ujian ni .

Saya redha. Saya minta cerai drpd suami dan minta dia bernikah dengan Emma. Saya cakap saya akan bagitau suami Emma. Tapi suami merayu melutut dia kaki saya enggan. Dia berjanji akan berubah.

Hampir 1 tahun hubungan saya dan suami dingin . Saya berhenti kerja dan balik duduk dengan suami. Ye tindakan terbod0 saya buat selepas 2 kali kena tipu. Tapi saya bersangka baik suami dah berubah.

Tak ada angin atau ribut tiba tiba  mak mertua tuduh saya sih!rkan suami sebab suami baik dengan saya. Dituduhnya saya s!hir anak dia hanya sebab suami dan saya pilih untuk berbaik dan perbaiki hubungan kami.

Saya tanya suami, kenapa mak benci saya. Dia jawab mak tak benci saya cuma mak marah sebab saya failkan cerai kat suami. Bulan 10 baru ni mak mertua sakit. Saya yang bersusah payah jaga makan basuh berak dia semua sebab saya sorg sahaja menantu perempuan.

Tapi mak call saudara mara di kampung dan fitnah saya cakap saya cuba s!hir dia sampai m4ti.. Apa lah dosa saya pada dia sampai dia nak tuduh saya mcm ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *