Isu Keluarga

Yang paling buat saya terkilan apabila sudah dapat tapi sebelum bermula dia akan  buat muka marah2 dan dia minta cepatkan bersama

Salam. Tolong hide fb saya,saya ada di sini cuma ingin luahkan isihati yang lama terbuku. Saya dan isteri dah usia kahwin 9 nak masuk 10 tahun dah. Cuma tak faham dengan sikap isteri yang agak kurang beri layanan pada saya terutamanya dari segi b4tin.

Tipula sbgai suami hari2 atau dalam seminggu tak nak bersama kan? nak kata saya yang kurang, nampak semua cukup dan setiap di tanya syukur apa yang ada tapi bila balik pada tugas beliau pada saya pelik.. macam orang mintak sedekah, siap dia marah2 dan buat muka lagi.

Yang paling buat saya terkilan apabila kadang2 sudah dapat tapi sebelum bermula dia akan  buat muka marah2 dan dia minta cepatkan bersama. aduhai fikirlah saudara masa tu, mesti down mood kitakan. Nak bermesra punyalah payah sampai terfikir kekurangan diri.

Walaupun anak dah 4 tapi keinginan saya mesti nak bersama dan mesra dengan isteri tapi tak pernah di layan. Nak kata letih kerja rumah?

saya banyak membantu isteri di rumah ye sebab saya selalu ingin pastikan isteri tidak di bebani kerja2 rumah tapi situasi tetap sama layanan terhadap saya seolah2 nampak macam tidak suka atau selesa.

Sampai sesekali membuatkan kadang2 saya teringat nak cari seorang lagi isteri yang boleh layan saya tapi saya masih mengharapkan isteri faham tapi nyata kecewa.

Saya tidak tau di mna perlu luahkn tapi harap di grup ni dapat membantu beri cadangan atau idea pada saya yang tengah buntu ni.

Saya tidak Berapa mampu menduakan isteri tapi sikap isteri jelas mendorong saya ke arah cri yang lain. Yang Allah, serabut di buatnye. Last kami ber sama pasa bulan 10 tu pun keadaan macam terpaksa layan.

Aduhai sedih di fikir. Tolong la saya. Serabut macam orang minta sedekah dah ni. Time dia nak sesuatu baik pula dengan saya tapi bila dah jadi, dok main hanpon jela.

Orang kata layan suami, macam2 lah alasannya. Taula masa belajar dulu lawyer tapi dia tak blehla buat law sendiri dalam rmhtgga. Kan? tolong saya kawan2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.