Salam min, aku ni seorg isteri berkerjaya dan suami aku juga bekerjaya di sktor awam kerajaan negeri jd tempat kerjaku di daerah kelahiran.
kami myewa sendiri dan tiap minggu kami balik umah mertua, mertua kurang sihat kebelakangan ni. bila balik umah mertua, kesian aku tgok mertua aku rumahnya cuma ada bawang, beras, garam, gula, teh je.
mertua aku ni sakit, walaupun dia sakit dia masih mampu memasak utk ayah mertua aku. ditambah pulak abg ipar aku yg duk bersebelahan sllu tggal anaknya kat mertua aku.
Jadi setiap kali aku balik aku sllu belikan barang basah buat mertua aku macam ayam, daging, ikan sayur. aku sllu masakkan utk mreka.
Yang jadi masalah sekarang adalah bila isteri abang ipar selalu je mencuri sahaja barangan basah yang aku bawak kat mertua aku. kalo aku dtg hri Jumaat dan balik malam.
isteri abg ipar aku sllu masuk selongkar dapur mencuri barangan yg aku bawakkan. nak jadikan cerita hari jumaat ketika cuti kami dtg bawak macam2, malam tu kami keluar kejap sbb planning suami aku nk tido umah mak dia.
Jadi aku tak ade masalah, ketika kami keluar malam tu nk pergi klinik swasta beli ubat kat pekan. isteri abg ipar aku bertya aku nk kemana. aku pun jawab nak balik umah padahal aku ke klinik.
nampaknya perangkap aku mgena, bila aku balik. habis semuanya isteri abg ipar angkut bawak balik ke rumah. ayam sekor yg aku tak masak lg rancang nak masak pagi sabtu semuanya dicurinya.
hya tinggal hati, kaki, pedal, leher ayam je. sayur2 smpaibke daun sup semuanya dibedalnya. bila tya mertua aku kemana semua ni. dia jawab “musang kepala hitam dah naik mencuri tu”.. gitu la ceritanya.