Isu Keluarga

Masalahnya Habis orang tua saya malu bila akak tu datang ke rumah saya siap bawak peguam menyatakan bahwa saya kahwin senyap2 dan boleh kena s4man dan penjar4

Assalamualaikum warga krt. Selamat hari raya. Saya nk tnya pada semua. mula2 saya ni, bini ke 3, berkawin dah 3 tahun. Sebelum saya berkahwin dengan suami, suami tak cakap dia ada bini kedua, dia cakap ada bini no 1, tapi memang bini no 1 ni izin kan suami kahwin lain sebab suami mampu.

Bini kedua, menikah tak sampai 2 tahun, 2 org anak (faham lah ya). Masa saya dah sayang, dan dah plan nak kahwin, baru tau dia ada bini. Memang sya tak mungkin batal kan perkawinan ini.

Saya sayang suami. Orang tua dan sedara2 sya dah pun tau saya nak kahwin. Tapi masa nak kahwin tu, bini dia ada chat orang tua saya, dia bagi tau bahwa dorang masih suami istri.

Tapi suami saya cakap, dorang dah cerai cuma surat tak buat lagi (lafaz cerai dlm call). Tapi sampai sekarang surat tak siap lagi. Suami dah ambik peguam untuk uruskan semua, duit masa iddah dan duit lain2 suami dah bayar.

Dan akak tu dah terima. Bukan sikit suami saya bagi. Sebelum ni dorang sepakat untuk cerai, Tapi akak tu ade je alasan tak blh datang ke mahkamah ( walaupun alasan memang munasabah, sbb anak sakit).

Akak tu memang benci saya sangat sebab saya ambik suami dia, saya pun memang benci dengan dia. Dan sampai sekarang saya dend4m dengan dia.

Saya tak rasa bersalah pda dia, sebab dia pun ambik suami orang jugak. Macamana nak hilang kan penyakit hati ni ya ?1. Saya tak tau nak salah kan suami ke nak salah kan akak tu.

Dari dulu lagi saya cakap, kalau memang dah tak nak dengan dia, buat lah surat cerai btl2 pegi mahkamah. Tapi suami tak buat. Suami cakap dorang kahwin tak berdaftar dkt malaysia, kahwin dekat seberang pun buat surat nikah bukan jalan btl, dorang bayar lebih je.

Jadi suami bingung pernikahan dorang sah atau tak di undang2. So suami ambik peguam je la untuk setel kan masalah ni2. Surat dorang tak siap lagi, tapi tarikh kawin saya dah sampai masa nya. Sya pun berkahwin dengan suami

Surat2 semua kami settle kn ikut prosedur. Org tua sya yamg nak kitaorang buat cara betul2, kalau tak dia tak akan halal kan semua nya. Alhamdulillah settle juga. suami semakin yakin pernikahan dorang memang tak terdftar. 3.

Masa saya dah kahwin sya duduk ikut suami dkt malaysia, dan akak tu duduk dekat seberang tak jauh rumah dia dengan rumah saya. Dalm masa 4 jam blh sampai. Di sini la semua penyakit hati saya muncul. Setiap hari sya fikir bende ni.

Masalahnya Habis orang tua saya malu bila akak tu datang ke rumah saya siap bawak peguam menyatakan bahwa saya kahwin senyap2 dan boleh kena s4man dan penjar4.

Akak ni chat semua family2 dan kawan2 keje, kwn2 sekolah sydulu bagi tau yg suami sya ada istri 4, keburukan suami, suami kaki perempuan, suami tak bagi nafkah,dan dia pulak bagi tau dengan family suami yg keluarga sy ni bukan keluarga baik, kata saya ni b0m0 suami saya.

Kata suami ni bagi sya rumah, kerete. Fkta nya takde pun. Saya kahwin dengan suami pun, masa suami susah. Suami dah takde duit simpanan. Kahwin dengan saya pun dia jual krete ke2 dia.

Masa hantaran suami takde pun bawak duit, masih baik semua kluarga saya ok je.. Alasan suami nanti di transfer (kalau ikutkn adat x blh).4. Bab nafkah suami sy pada akak tu, jangan tnya lah..

Habis duit simpanan dia untuk dorang semua (kata suami) rumah, bus, ladang,lembu semua suami bagi. Semua atas permintaan mak akak tu. Mak dia pun mintak tak de rasa segan.

5. Sekarang ni akak tu takde surat cerai lagi dengan suami saya, macamana ye? Saya nak balik kampung pun takut. Takut dia datang ke rumah saya. Saya malas lah ade org kacau org tua sya lagi.

Kasihan. Cukup lah.6. Akak tu cakap dia cerai dengan suami sebab saya. Tapi suami sya cakap tak. Suami cakap memang suami tak ade perasaan dah dengan dia.

Katanya masa dorang masi suami istri, akak tu ade cerita dia pernah tidur dengan 17 lelaki dan sebab anak first tu bukan anak dia, akak tu tipu suami.

Dorang dah cek dekat hospital, tak tau lah suami cakap memang bukan anak dia, suami cakap muka anak tu mirip mantan last akak tu, memang tak ade mirip langsung dengan suami.

Tapi akak tu tetap taknk mengaku. Sya xtau lah mana yg betul mana yg salah. Tapi biar pun macam tu, kalau orang tanya suami akan jawab jumlah anak dia, anak tu tetap dia akui.

Dan suami tak pernah culas bagi nafkah. Bagi nafkah selalu lebih.7. Patut tak saya cemburu ? Akak tu masih mengharap kan suami saya sampai sekarang.

Hari hari dia chat, duit makeup, sekolah makeup, duit kasut, duit raya, duit ini itu, semua dia mintak dengan suami. Bila saya tegur suami cakap ,”takan kemana pun duit tu”.

Lepas tu saya tak pernah tegur dah. Tapi memang dorang tak pernah jumpa. Suami hari hari balik rumah, dan dia pun duduk dekat seberang. Terima kasih karna sudah membaca cerita saya ni.

Plis jangan kecam, tapi kalau nak kecam takpe la. Mungkin dah kebiasaan korang mengecam. Kena batang hidung baru tau rasa. Dan plis jangan kecam saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.