Isu Keluarga

Tapi apa yang Allah dah takdirkan saya ni memang perit ceritanya berberapa hari sebelum tahun baru saya telah di ceraikan talak 3

Salam warga KRT. Tujuan saya menulis ni bukan meminta simpati atau apa. Dulu saya pernah luahkan kat page ni. Saya ni isteri kedua. Jujur saya cakap.

Pada awalnya semua keadaan baik . Saya dengan madu pun okay aje bahagia. Tapi entahla sejak beberapa bulan ni macam2 benda yng jadi. saya pun sedar saya hanya isteri kedua.

Cuma masalahnya kenapa madu saya tu tiba2 berubah. Semua jadi tak kena. Kalau nak diikutkan suami memang sentiasa lebihkan dia tak pernah kurang sikit pun, memang begitu yang selayaknya.

Lagi pun memandangkan saya pun tak kesah sebab saya cuma menumpang saja dalam keluarga mereka.

Tapi apa yang Allah dah takdirkan saya ni memang perit ceritanya berberapa hari sebelum tahun baru saya telah di ceraikan talak 3 dan saya tak tahu di mana silap saya.

Saya sentiasa bertolak ansur dn faham kehendak mereka. Tapi apakan daya Allha lebih mengetahui. Mohon doa ye untuk saya.

Satu jela saya nak cakap, tak semua isteri kedua tu macam dalam drama. Berhentilah menghukum. Buat SUAMI di luar sana yg berhasrat nak ada ISTERI KEDUA fikirlah ye sebaiknya.

ADIL dn TETAP PENDIRIAN. Kami juga ada perasaan. Bukan bila nak cari, bila tak nak buang macam sampah. Talak 3 tu terlalu berat untuk semua wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.