Isu Keluarga

Dipendekkan cerita saya mintak tolong kawan untuk cari suami akhirnya Allah nak tunjukkan dia sedang gembira dengan perempuan lain

Assalammuailaikum warga krt. Admin mohon hidr profile saya ya. Saya ada masalah besar dengan kehidupan saya yang sangat2 dalam ketakutan.

Saya ada masalah dengan suami saya dan saya ada dua orang anak lelaki yang masih kecil. Suami saya berhari2 tak balik rumah. Saya call tak nak angkat. Saya whatsapp , langsung dia abaikan.

Dipendekkan cerita saya mintak tolong kawan untuk cari suami akhirnya Allah nak tunjukkan dia sedang gembira dengan perempuan lain.

Hancurnya hati saya. Apa salah saya selama ni? Makan, minum, pakaian, anak2 semua terjaga. Saya uruskan dengan baik sekali. Tau2 dia ada perempuan lain. Ya Allah sampainya hati dia buat saya camni.

Sebelum tu, dah nak dekat 3 bulan dia tak bagi nafkah pada saya. Duit belanja semua tak bagi. Sampailah saya sanggup pinjam duit dengan pinjaman wang berlesen. Saya rolling sana sini untuk bayar mereka sehingga saya rasa nak vunvh diri.

Tak sanggup nak hidup! Org2 dari syarikat ni semua push saya untuk bayar hutang. Kalau tak bayar, dorg ugvt saya nak datang rumah. saya takut sangat2!! Sehingga saya rasa, saya ni pelari4n dah

nak keluar rumah pon jadi takut. Anak2 pulak teringin nak makan ayam goreng tapi bila saya tak dapat belikan untuk anak2 saya, saya rasa saya ibu yang tak berguna! Saya menaip ni sambil menangis.

Saya pandang muka anak2 saya yg comel ni saya sedih. kenapa hidup saya macam ni. Ibu bapa saya dah tak ada. Tinggal adik saya sahaja. adik saya pulak buat hal dia.. saya dah tau nak mengadu dengan siapa.

Saya mohon sangat2 warga krt tolong doakan saya untuk terus kuat. Kalau saya m4ti, siapa nak jaga anak2 saya. Suami pulak langsung tak ambil peduli pasal kami

dia seronok dengan perempuan lain tapi isteri dia yg sah ni dan anak2 d4rah daging dia ni terabai sehingga life saya menjadi susah dan hidup dalam ketakutan. Hari ni je, 10x org pinjaman wang berlesen tu call saya… whatsapp saya ugvt saya. YaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *