Isu Keluarga

Masalahnya sebelum berkahwin dengan suami semuanya indah tapi selepas sudah kahwin baru saya tahu perangai dia

Salam min. Tlg hide nama saya, saya hanya ingin meluah dan minta pendapat. Tlg jangan kecam saya. Saya dah berkahwin dan dikurniakan seorang zuriat. Tapi sampai sekarang saya masih teringat kan bekas teman lelaki saya.

Bekas teman lelaki saya juga baru sahaja berkahwin. Saya dan bekas teman lelaki saya dulu memang sangat bahagia pada mulanya dan pernah merancang untuk berkahwin. Keluarga kedua2 belah pihak juga sgt merestui hubungan kami tapi malangnya dia berlaku curang berkali2.

Akhirnya saya dh penat sangat makan hati dan saya buat keputusan untuk putus dan terima lelaki lain.  Saya ingat kan saya akan bahagia bila terima lelaki lain tapi tak. Betul rupanya orang cakap bila dah berkahwin dan duduk serumah baru tahu perangai sebenar.

Masalahnya bermula sebelum berkahwin dengan suami semuanya indah tapi selepeas sudah kahwin baru saya tahu perangai dia yang agak panas baran dan suka marah2. Cakap dengan saya pon kasar2.

Hari2 ada ja benda yg tak kena di mata dia. Boleh di katakan hari2 kami bertengkar cuma dia belum tahap naik tangan. Saya sebenarnya dah stress sangat sebab hari2 dia suka marah2 sejak dari awal kahwin sampai sekarng dah masuk 2 tahun usia perkahwinan kami.

Saya sampai dah tahap trfikir nak cederakan diri sendiri sebab saya penat sangat. Saya tak nak share mslh saya dgn family atau orang trdekat sebab saya tak nak org risau. Jd saya hanya pendam dan semua org nampak saya mcm bahagia.

Mungkin sebab msalah ini juga yg buat saya tringat kan bekas teman lelaki saya. Bg saya bekas teman lelaki saya memang lelaki yg sempurna kecuali perangai dia yg kaki perempuan dan suka menipu saya dulu. Tolong saya, saya nak minta pendapat apa yang patut saya buat.

Saya betul2 nak lupakan bekas teman lelaki saya. Saya tahu mcm mana sekalipun perangai suami saya, saya masih isteri dia yg sah dan saya tak boleh terfikir kan lelaki lain. Saya tak nak bercerai berai sebab anak saya kecil lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *