Salam min.. First sekali tolong hide fb aku.. Kalo bini aku tau m4mpos aku dikerjakan.. Terima kasih min sudi siar kan kisah aku.. Cerita dia begini.. kami baru berkahwin 6 bulan.. Hubungan kami selama ni ok ja tak ada masalah.
Ceritanya sejak dua menjak isteri dingin sangat dengan aku sampaikan hari2 dia sudah tidak nak masak untuk aku.. Cakap pun lebih kurang ja.. Dia masak untuk dia melantak sorang2 ja..
Aku balik rumah lauk dah habis.. Waktu atas katil pula, di depa nya tangan dan kaki luas2.. sehinggakan aku terpaksa tido di hujung2 katil ja.. Aku syak dia merajuk & nak tunjuk perasaan.. Maybe sebab aku selalu tolak pelawaan bersama dia..
Aku bukan tak nak min, tapi ni tiap2 malam meminta.. Kadang2 sebelum tido dah dapat tapi pukul 3-4pg kejutkan aku nk lagi.. N4fsu serakah dia memang besar, sama jugalah dengan besar badan dia..
Aku ni kerja buruh jalan raya.. Tau la kan betapa penatnya kerja ni.. Keluar 6pagi, malam baru balik kerja.. Tak kan tgh malam buta nk buat OT lagi dekat rumah. Dia takpa la, duduk rumah besarkan badan ja.. Aku sedih dengan layanan dia..
Kenapa la dia tak boleh nak toleransi sikit bab tu.. bukan dia tak tau aku penat bekerja.. Tapi aku takut nak suarakan.. Walaupun beras aku beli, rumah aku bayar, tapi kuasa veto di tangan dia..
kalo nk gaduh pn tak guna, lengan dia ja dh besar dari betis aku.. Bukanya aku takut dengan dia, cuma dia yang tak takut dengan aku.. Jadi rasa geram ni aku pendam jela dalam hati ni..
Apa yg perlu aku buat min? Aku nak minta pandangan orang ramai.. Aku minta pandangan ye, jadi tolong bagi pandangan sahaja.. Jangan nk memandai2 bagi kecaman… terima kasih…