Isu Keluarga

Dia harap aku layan macam bidadari sedangkan aku di layan macam pengemis sampaikan Makan minum aku dia tak jaga langsung apatah lgi yang lain2

Salam min..hide profile aku. Aku taktau nak mula macam mana. Dah puas aku makan hati dengan bini aku..bila ditegur dia marah2 aku min. Aku bertahan demi anak2 walaupun aku tersiksa zahir dan batin…

berbulan-bulan dah nak masuk taon dah aku meronta dalam diam. Makan minum aku dia tak trjaga langsung apatah lgi yang lain2. Makan pun asyik beli ja min.

Alasan dia beli jela mudah janji kenyang boleh makan. Aku dah puas tegur jaga kebersihan diri, mandi sehari sekali, bila aku suruh mandi dia taknak.

Alasan sebab sejuk. Dah bertaon perangai memang macam tu memang takboleh ditegur. Kalau dengan orang luar baik ja dia layan manis ja berkata-kata. Kalau dengan aku cakap hang aku ja min.

Tak pernah nak sweet2. Anak 4 tu pun sebab terpaksa dan aku memaksa. Itu dulu. Dia harap aku layan macam bidadari sedangkan aku dia layan mcm pengemis. Aku ada rasa min ada hati..

Aku tak mau marah2 aku takmau orang tau buruk dia. Tapi dia selalu menjatuhkan maruah aku dengan orang yang rapat dengan kami. Kononnya aku tak bagi nafkah sebab tu dia tak layan aku.

Tugas masak, kemas2 semua tu tanggungjawab laki, adil ke macam tu sedangkan dia taklayan aku sepatutnya?,Aku dah puas tegur puas dh cakap tapi tetap sama. Ajak bincang jauh sekali.

Dia suka cakap layan atas katil hanya n4fsu semata-mata. Habis aku ni patung ka tak dak rasa. Pernah dia tengking aku kalau taknak terima baik buruk dia baik cerai ja. Kalau tak kena hadap jela peel dia mcm tu.

Aku hanya nak belaian seorang isteri. Aku ada nafsu. Hanya nak kasih sayang yang sepatutnya. Apa patut aku buat? patut ka aku cari madu bagi dia? suami kesepian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.