Isu Keluarga

Ceritanya masa aku bersalin anak ketiga suami pernah cakap kalau nak terus kerja aku kena bayar duit pengasuh.

assalamualaikum warga krt sekalian…aku just nak meluahkan je. Sebab dah tak tahu nak luahkan dekat siapa. Nak luahkan dekat family sendiri, takut diorang pandang serong.

Nak luahkan dekat family in law, jauh sekali. so aku decide luahkan kat sini jelah. Macam ni, aku ni dah 7 tahun kahwin. Ada 4 orang anak. aku pun baru je lepas bersalin anak ke4.

Tahun lepas aku baru berhenti kerja sebab morning sickness teruk. Aku tak tahulah macam mana nak start. Aku keliru. Dari mula kahwin, aku tak pernah dapat nafkah bulan2 dari suami.

Dulu suami cakap, dia tak dapat bagi sebab gaji kecil. So aku pun faham. Aku pun kerja masa tu walaupun cukup2 makan. Tapi bila gaji dia makin besar.

Pun tetap sama. Dan aku pernah buat2 tanya. Suami cakap nafkah duit tu adat je. Selagi suami bagi cukup makan pakai, itu dah dikira dah laksanakan tanggungjawab. So aku pun iyekan je.

Tak nak cakap lebih2 sebab memang dia dah laksanakanlah kot. Untuk pengetahuan semua aku berhenti kerja sebab aku tak nak bayar upah pengasuh dan taska anak.

Ceritanya masa aku bersalin anak ketiga suami pernah cakap kalau nak terus kerja aku kena bayar duit pengasuh. Sebab aku yang pilih nak kerja. Tapi tulah. Aku kerja pun macam takde hasil.

Sebab setiap kali gaji, duit aku habis bayar dekat orang. Entahlah. Lepas tu, bila dah jadi surirumah ni. Aku sebenarnya teringin sangat nak dapat nafkah duit dari suami aku. Untuk diri aku.

Aku nak beli apa2 untuk cantikkan diri aku. Tapi aku takut nak cakap kat suami aku. takut dia marah. walaupun aku tau dia dah pun bagi nafkah cukup makan pakai semua tu.

Aku cuma nak dia bagi duit dan cakap itu nafkah untuk diri aku. Tu je. Sebab dari mula kahwin. Aku tak pernah merasa dan kalau dia hulur duit, dia tak pernah cakap duit tu aku boleh guna untuk apa.

So at the end, aku cuma guna duit tu untuk beli lauk pauk je. Tapi bila tengok kawan2 bercerita, ipar sendiri pun bercerita yg suami diorang bagi elaun/nafkah tiap2 bulan.

Aku mesti akan cakap dalam hati, bestnya. cemburu tu adalah sikit. kalau bab jaga anak, masak, kemas rumah, cuci bilik ai .memang aku yg buat dari mula kahwin. Lagi2 bila dah berhenti kerja ni.

Semua memang aku kena buat. Kadang aku termengeluh. Aku fikir, aku buat semua ni. Takde bayaran pun. Pun tetap tak dihargai. kalau suami penat ke apa. Aku memang akan hati2 dalam berkata kata sebab tak nak kena marah. .

kadang aku menangis diam2,cuma bila aku dah overthinking sampai rasa nak bercerai ke apa cepat2 aku tepis dan fikir kebaikkan dia serta anak2.

entahlah. Aku keliru dengan apa yg aku rasa. Harap netizen tak kecam aku. Aku tetap bersyukur sebab suami aku bertanggungjawab, sayang anak2 dan aku, ikutkan kehendak aku dan anak2 bila ada duit lebih.

Aku cuma keliru je soal nafkah tu dan dalam masa yg sama, aku teringin nak merasa nafkah dari dia. Tu je. Bukan apa pun. Hurm. Entahlah. Hahaha!sekian dari sy, Puan Entahlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.