Assalamualaikum min. Terima kasih sudi kongsi cerita aku ni. Aku nak minta pendapat akak2 di page ni. aku sudah setahun lebih berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat lagi.
Umur suamiku sebaya dengan aku. Aku nak tanya pendapat apa patut aku buat. Suami aku jenis kedekut. duit nafkah dia tak pernah miss walau sebulan rm50 dia bagi.
Dulu aku tak berkira masa mula2 kawen tapi lama kelamaan aku rasa denan duit rm50 sebulan tu tak cukup. kekadang rm50 dia bagi pastu aku nak belikan apa2 makann yang aku idamkan aku akan guna duit tu dan dia pun makan sama duit yang dia bagi. entah lah.
Kalau rm50 dia bagi yang tu. Yang tu je la aku guna. Selebihnya kalau aku nak makan apa2 yang aku teringin aku guna duit sendiri kekadang. Dia bayarkan jugak..<span;>Hari tu terkantoi slip gaji dia.
Aku pernah tanya gaji bulanan dia berapa dia cakap adalah dia macam nak berahsia setiap kali aku tya pasal gaji. Baru2 ni aku terjumpa slip gaji dia dengan tak sengaja.
Bila aku tengok gaji dia melebihi apa aku sangkakan menangis aku min sebab setiap bulan2 bagi isteri rm50.. satu lagi kalau dia nak beli barang utk diri sendiri tak pernah berkira min.
Habiskan utk kereta, moto, spek , hp.. pakai hp paling latest tapi nafkah isteri.. keperluan isteri tak pernah cukup. Bila aku usulkan hal ni dekat dia dan cuba slowtalk.. alih2 aku yang salah balik..
Tak pndai uruskan gaji sendiri..aku kerja min. dulu sebelum aku kerja yang sekarang ni pendapatan aku 2k. aku buat 2 kerja.. dalam sebulan aku cuti 2 hari je sebulan.. pulun aku kerja min.
Last2 aku breakdown sebab terlampau stress dgn kerja dan masalah rumah tangga. A<span;>ku berhenti kerja selama 3 bulan . Dalam 3 bulan tak habis2 dia push aku suruh cari kerja.
ye aku sambung kerja balik tapi ni dekat shah alam. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 45 hingga 1 jam. yang tu aku tak kisah lagi tapi aku terlalu sedih untuk diri sendiri habis beribu ringgit takpe.
Utk isteri nak beli baju sehelai pun ketar tangan nak hulurkan duit. aku tak pernah merasa lagi duit belanja dia bagi lebih dari rm100.
Aku perasan laki aku ni jenis cerewet. Barang atau apa2 benda dia . TAK boleh guna sesuka hati. Pernah sekali aku nak belajar kereta bila aku salah tekan brek dengan minyak terus aku dim4ki perempuan b4ng4ng
siap cakap nak ceraikan aku kalau jadi apa2 pada kereta dia. Selepas tu aku tak dibenarkan lagi sentuh kereta dia. Sungguh aku terkilan. Apa patut aku buat