Isu Keluarga

Selepas beberapa bulan saya bernikah perasaan dan saya diuji apabila mendapat tahu kalau si A telah mendapat pekerjaan yang lebih baik dari suami saya

Salam min. Saya ada satu kisah untuk dikongsi. Saya baru saja berkahwin dengan suami saya dalam 6 bulan. Tetapi sehingga harini saya masih tak dapat melupakan crush saya.

Kisahnya, sebelum saya kenal suami, saya berkawan dengan seorang lelaki (si A) yang saya dah kenal bertahun2 lamanya. Saya sebenarnya dah lama crush pada si A, sejak sekolah lagi.

Si A punyai ciri-ciri lelaki idaman saya. Tapi saya tak pasti apa sebenarnya perasaan dia pada saya ketika kami berkawan. Kadang-kadang macam dia nak, tapi kadang-kadang macam dia tak kisah pun kemana hubungan kami.

Membuatkan saya rasa dia seperti tarik tali dengan saya. Dia pun jarang contact saya, lebih membuatkan saya rasa dia tak berminat pada saya dan saya bertepuk sebelah tangan.

Disebabkan itulah, saya cuba buka hati apabila ada seorang lelaki yang nak berkenalan dengan saya. Kami diperkenalkan oleh kawan saya (si C) dan lelaki itulah suami saya sekarang.

Masa diawal perkenalan, saya bahagia berkawan dengan dia sehingga saya lupa pada si A. Dan pada suatu hari, si A tahu saya sedang berkenalan dengan lelaki lain daripada si C.

Si A bertanyakan pada saya tentang hal itu dan terus block saya. Sehingga harini, hubungan kawan kami renggang dan si A tak pernah contact saya lagi.

Kerana tindakan si A yang terus menjauhkan diri dari saya kerana hal itu, tanpa penjelasan dan tanpa cuba pertahankan hubungan kami, saya merasakan si A memang tidak betul-betul berminat pada saya dan tidak langsung cuba berusaha mendapatkan saya.

Dalam masa yg sama, suami saya yang pada ketika itu masih seorang kawan telah menyampaikan hasrat untuk memperisterikan saya.

Disebabkan kecewa si A jauhkan diri dan dalam masa disebabkan faktor usia yang hampir menginjak 30an, sy terima lamarannya dan kami bertunang selepas 6 bulan berkenalan.

Tapi lama kelamaan sepanjang tempoh tunang, saya semakin teringat pada si A. Tapi saya tak dapat berbuat apa2, malu nak cuba contact si A di FB atau di mana2. Saya hanya diamkan diri.

Sepanjang bertunang dengan suami pula, kami kerap bergaduh sehingga hampir putus. Tapi tiap kali itulah dia cuba pujuk kembali dan akhirnya berkahwin 6 bulan selepasnya.

Selepas beberapa bulan saya bernikah perasaan dan saya diuji apabila mendapat tahu kalau si A telah mendapat pekerjaan yang lebih baik dari suami saya. Suami saya hanyalah peniaga, manakala si A kini pula telah mendapat jawatan dalam sektor awam.

Dan saya juga seorang penjawat awam. Lebih membinggungkan saya, ibu saya juga selalu menyuruh saya untuk mengisi jawatan kosong penjawat awam untuk suami saya, seolah-oleh tidak yakin dan tidak dapat menerima kerja suami saya. Saya cukup terasa.

Adakala saya terfikir, kalaulah saya sabar menunggu si A dulu tanpa mengenali sesiapa orang baru, mungkin saya masih bersama si A dan mungkin ibu saya gembira kerana saya bersama seorang penjawat ayam juga. Hmm. Berdosakah saya sehingga berfikir ke tahap itu.. Allahu..

Sehingga harini, saya sebenarnya masih ada rasa sayang akan si A. Masih tak dapat lupakan dia kerana dia adalah crush saya sejak sekian lamanya. Tambahan pula sekarang dia dah ada kerjaya yang lebih baik dan dia semakin kacak selepas bekerkaya.

Saya jadi makin cemburu. Kerana suami saya kerjayanya biasa-biasa saja dan bukanlah seorang penjawat awam seperti yang diidamkan ibu bapa saya.

Suami saya pula kadang kala garang dan tak boleh ditegur. Bila saya dilayan sambil lewa oleh suami, saya mesti akan teringat pada si A. Kerana si A seorang yang sangat lemah lembut.

Tak pernah tinggi suara pada saya atau memarahi saya selama kami kenal bertahun tahun lamanya. Kadang kala suami saya ada masalah kewangan sebab kurang pelanggan di kedai.

Nafkah pula tak banyak diberi hanya sekitar Rm300-Rm400 sebulan berg4ntung keadaan. Kalau saya minta duit tambahan untuk apa-apa keperluan pakaian dan sebagainya, suami sedikit berkira tapi saya positif, mungkin dia pun kekurangan duit walaupun ia kadang-kadang buat saya fikir buruk juga.

Saya mendapat satu pengajaran dari perkahwinan ini.. jangan sesekali menerima seseorang jika kita tidak sepenuhnya mencintai dia atau jika masih ada lelaki lain yang bertakhta di hati kita melebih lelaki lain. Kerana ia sangat sakit.

Sakit kerana cuba mencintai suami namun masih ada sedikit rasa pada lelaki lain yang kita dambakan selama ini. Sakit juga kerana telah melepaskan orang yang kita sayang dan mahukan tanpa rela.. tapi kini nasi sudah jadi bubur..

Sy mohon pandangan, nasihat dan semangat dari semua. Kalau sesiapa ada tips melupakan si A dan tips untuk lebih mencintai suami, saya alu-alukan… terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *