Isu Keluarga

Malangnya saya berkerja sebagai tukang masak gaji saya sebulan 3k dan selama saya berkerja saya tak cukup duit tuk berlanja untuk setiap minggu

Salam min. Izinkan saya luahkan perasaan saya kat sini.. dan tolong tutupkan profile saya. Saya berumor 38 tahun dan mempunyai seorang isteri yang cukup baik dengan 4 orang anak tiri dan seorang anak kandung.

saya sayang semua anak2 dan isteri saya dan saya selalu ingin bagi yang terbaik untuk anak isteri saya. Malangnya saya berkerja sebagai tukang masak gaji saya sebulan 3k dan selama saya berkerja saya tak cukup duit tuk berlanja untuk setiap minggu.

Jadi saya selalu pinjam gaji dengan majikan saya. Bila masa gaji. Duit semestinya ditolak dan saya pun berulang ulang hidup sebegini. saya tidak bercerita dengan isteri saya atas sebab saya tidak ingin isteri saya pening kepala dengan duit tak cukup.

Cukuplah isteri saya jaga anak2 dan buat kerja rumah harian kat rumah. Kadang2 saya meminjam dengan kawan saya dan saya cuba bayar hutang tetapi realliti nya kekadang saya tak mampu nak bayar balik.

saya cuba ubah cara hidup saya tapi bukan senag sedangkan saya tidak berjvdi. Tidak ambil benda yg bukan2 seperti dadah kew ataupun alkohol. Niat saya meminjam duit pun untuk belanjaan family. kini. Isteri saya kata dah letih dengan saya sebab berhutang dan ingin pergi dari hidup saya..

apa yg patut saya buat. Mungkin saya perlu kerja kat luar negara untuk cari duit yg lebih untuk stabel kan ekonomi peribadi saya dulu kew? Ataupun mcm mane. Saya dah hilang arah. Saya ingin bertanya pendapat admin.. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.