Isu Keluarga

Masalahnya saya pun bekerja letih otak ni  Balik2 jawapan dia macam tu la jadi isteri kenalah buat semua kerja

Salam semua minta  pandangan tuan puan
macam mana ya jika ada suami tapi tak mahu bertolak ansur dari segala segi
taknak tolomg menolong uruskan rumah tangga saya sorang je lepas keje kena ambik anak.

Bagi anak2 makan , layan anak2 main, basuh berak anak, buat susu anak. Anak lelaki saya jenis lepas makan berak lama2 sampai saya tertido tunggu anak berak. Suami pulak balik keje asyik ngadap handphone je main game la tengok fb wassap kawan2 dia.

Anak tak nak layan, sampah tak nak tolong buang semua benda saya nak buat kadang2 kita penat tau. Masalahnya saya pun bekerja letih otak ni  Balik2 jawapan dia macam tu la jadi isteri kenalah buat semua kerja.

Sedih pendam je dalam hati kenapa dia ni tak faham saya. Saya sakit pun dia tak tau. Sebab bila bagi tau dia jawab ala berjalan tak sakit dok rumah sakit.

Dia langsung tak ambik tau pun saya sakit apa ke? saya ok ke. Jenis dia balik keje buat hal masing2. Anak2 pun tak nak dekat dia sebab tak pernah layan anak pun.

Kena paksa kena m4ki hamun dulu baru dia buat. Penat nak gado. jadi minta pendapat korang apa nak buat kalau laki mcm ni eh..?  jgn kejam eh minta pendapat je. Jangan cakap saya pemalas la apa la. Susah dapat laki yang paham perempuan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.