Isu Keluarga

Masalahya bermula bila baru2 ini terdetik di hati saya nak check fon suami sungguh  Terkejut saya bila nampak whatsapp dengan “F”

Salam pembaca semua. Saya nak meluah.
Saya seorang isteri. Dah berkahwin lebih kurang 5 tahun dan dikurniakan 2 orang anak.

Masalah saya di sini ialah saya sering menolak ajakan suami untuk bersama dan apabila bersama pun saya akan minta suami percepatkan dan marah2 suami. Sudah lebih kurang setahun macam tu.

Kebelakangan ni saya perasan suami sudah tidak mahu mendekati saya. Kalau sebelum ni dia suka peluk2 saya, suka kss2 saya. Tapi sekarang macam takde dah.

Saya pun biar sebab saya tak kisah benda2 tu semua sebab saya sangka benda tu normal. Suami pun dah mula tak ajak saya untuk bersama lagi. Sudah lebih kurang 3 bulan.

Masalahya bermula bila baru2 ini terdetik di hati saya nak check fon suami sungguh  Terkejut saya bila nampak whatsapp dengan “F”. Isi mesej tu memang melampau dan saya telah bertanyakan suami.

Suami mengaku sudah terlanjur dengan F 1 kali. Suami mengatakan saya puncanya bila saya sering menolak ajakan dia untuk bersama.

Suami ada minta maaf tapi dalam masa yang sama dia tetap menyalahkan saya. Suami ada mengatakan yang nafkah b4tin itu penting untuk dia bagi memenuhi fitrah seorang lelaki.

At the end suami meminta maaf dan terus block no F di depan mata saya. Suami ada ajak saya berbincang tapi saya terus masuk bilik. Menangis dan kunci pintu.

Saya sekarang sedang bersedih. Kenapa tergamak suami buat saya macam ni? Kalau betul pun dia mahu, kenapa tidak berbincang dahulu.

Saya murung sekarang. Betul saya jarang penuhi kehendak dia tapi kenapa dia tak berusaha lebih untuk kami? Nak berpisah tapi saya cuma fikir anak² sahaja sekarang. Mohon pandangan pembaca semua. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *