Isu Keluarga

Paling menyedihkan bila ada kata2 dari orang terdekat yang berkata haiwan pun boleh melahirkan tidak guna cantik dan brkerjaya jika m4ndul

As salam dan hai semua. Mohon admin hide profile saya. Saya dan suami bekerja. Selain itu, kami ada usahakan bisnes yang baru meningkat naik. Jadi selepas office hour kami akan tumpu pada bisnes yg diusahakan.

Suami saya selalu berkata, bisnes tidak akan smooth macam ni kalau tak ade saya. Alhamdullilah kalau bab2 kewangan tiadalah masalah sangat kerana Allah bg rzeki yang sangat bnyak. Alhamdullilah.

Alhamdullilah juga suami saya sangat baik dan rumah tangga saya bahagia cuma berbalah kecil- kecil itu biasa. Saya telah 5 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan baby.

Masa awal dulu suami kata tak apalah belum ada rezeki. Tetapi bila dah masuk hampir 5 tahun, suami saya sudah mula berkata kalau kita ada anak kan dah usia dekat 5 ke 4 tahun dah sekarang.

Suami saya kerap kali juga bercakap soal anak. Bukan tak ade usaha dilakukan. Tapi dah banyak. Cuma Allah tidak izinkan lagi. Saya sangat faham perasaan pejuang 2 garis. Manakala, dengan kata-kata orang sekeliling lagi.

Dan yang paling menyedihkan mak sedara yang saya selalu bantu dan sayang cakap kesian pada mak saya sebab tiada cucu. Walhal, mak dan abah saya selalu kata kita prcaya pada qada dan qadar Allah.

Saya tidak putus usaha dan brdoa tetapi saban hari tetapi saya rasa suami saya akan give up dlu. Siapa xsedih kn. Of couse lah saya sedih. Kerap kali juga suami bangkitkan isu ini.

Dalam erti kata lain, kalau isteri lambat pregnant, seratus peratus salah jatuh pd isteri. Saya semkin hari, semakin tabah dengan prtanyaan dan tekanan. Tapi ada juga hari yg rsa sngt down.

Disebabkan perubahan pda suami itu, saya mula mempersiapakn diri kalau2 nanti suami minta nak kwen lain atau lepaskan saya. Jadi saya sentiasa berusaha untk lebih berjaya dalam kerjaya dan bisnes saya.

Saya dalam diam buat tambahan simpanan sedia ada. Disebabkan hal mcm nilah saya berusaha untk menghadapi sebarang kemungkinan andai kta takdir Tuhan tu berkata saya tidak mampu ada zuriat selamanya.

Supaya apa jadi masa hadapan, saya tidaklah terkontang-kanting. Oleh itu, mohon jgnlah kecam, tapi berilah kata2 semngt dan nsiht bagi kami yg perjuang dua garis ini.

Paling menyedihkan bila ada kata2 dari orang terdekat yang berkata haiwan pun boleh melahirkan tidak guna cantik dan brkerjaya jika m4ndul. Berilah semngt buat kami. terima ksih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *