Assalamualaikum, saya nak minta pendapat. saya dan suami buntu, dh ckp suruh cari rumah sewa tapi buat tak fhm. apa lg nak dibuat tanpa renggangkan silaturahim.
Kisah dia macam ni aku dan husband baru 20an masih awal perkahwinan, gaji tak bsr mana tp gaji aku lbh sikit, husband pon lps balik keje trus buat part time sampai tgh malam. duduk di bandar dan kami agak struggle cari duit sama2.
kami ada anak 2 msh kecil dan byk ragam + aku jaga org tua yang dh uzur (kekadang dia sendiri hulur duit belikan makanan dia yang terigin, tlg tgokkan anak aku setakat mampu, tlg lipat baju) + adk ipar duduk sekali dgn kami dgn kerjaya professional (phm2 la gaji berapa kalau campur ot hari2 sampai ke 12 malam baru sampai rumah, kekadang 2@3 pagi).
<span;>aku sebenarnya dah letih yela ada bdk kecik memang kurang tidur la malam, pagi2 bangun siapkan makanan org tua, siapkan anak2, hantar anak pergi taska, pergi kerja ngadap jemm, ngadap keja dkt office, balik ambil anak2,
masak, basuh, kemas rumah dgn anak2, org tua yang nak diurus, suami pulak balik keje, lps mkn keluar balik g keja part. tu la rutin kami. Sebenarnya aku tak kisah dia nak duduk dengan kami tapi yang aku geram kerja rumah aku jadi bertambah, nak basuhkn lipatkn baju dia,
kemas bilik dia, kadang2 ada dkt rumah tu tak membantu. aku mcm kelibut urus rumah apa salah dia tlg tgokkan anak aku yang tgh menangis, ni dibiarkan. lepastu dah tahu kami ni bukan mampu sgt hulur hulur la duit, ni belanja dapur kami jadi bertambah. bukan berkira.
aku sgt suka ada tetamu tapi fhm fhm la. dia ni memang spesis kedekut, tahu nak cari duit kawin, nak buat majlis gempak tapi jgn la bebanakan kami, ni nanti majlis nak aku sponsor, pening la aku.
Suami dh suruh cari rumah sewa tapi sampai sekarang senyap. apa patut aku buat tanpa mana2 pihak sentap. dia ni anak mak sikit, selalu dibanggakan berbanding husband aku, belajar tinggi, ada kerjaya, bakal isteri pun ad kerjaya nak dibandingkan dgn aku.
bukan main happy MIL aku nak jd kan menantu. aku nak mintak MIL aku tegurkan pon tak tahu mcm mana sebab dimata MIL anak dia sorg ni semua perfect.
Harap siapa yang ada pengalaman dan idea terbaik blh la bg pendapat. aku kalau blh tak nak mana2 pihak terasa dan nak selesai cara elok. terima kasih.