Isu Keluarga

Masalahnya bermula bila aku balik kerja waktu rehat nak makan dan mandi bini aku belum siap masak dan kadang tak masak langsung

 

Assalamualaikum warga KRT. Tujuan aku post cerita aku ni aku nak minta pendapat atau pandangan dari pihak suami. Straight to the point lah kan. Apa pandangan korang kalau isteri korang semakin malas dan lebih kurang saja dengan korang?

Ok lah aku cerita jgk lah kalau tidak ramai pulak yang kecam. Aku ni suami dah berkahwin selama 6 tahun, masih belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Aku sorang saja bekerja di sektor awam.

Apa yang aku nk kongsi ni, sikap isteri aku skrg ni semakin hari semakin hilang rasa hormat terhadap aku dan semakin malas. Ya betul aku faham sememangnya tugas kerja rumah,  masak adalah tugas seorang suami.

Tapi, kerja aku tak menentu dan selalu sibuk setiap hari. Aku kurang ada masa nk uruskan hal rumah, masak, basuh baju, lipat baju,sapu mop dan sebagainya. Jadi aku memang sangat mengharapkan lah belas ehsan isteri aku utk uruskan hal rumah.

Masalahnya bermula bila aku balik kerja waktu rehat nak makan dan mandi bini aku belum siap masak dan kadang tak masak langsung. Alasan dia sakit itu lah ini lah, tak larat lah. Aku faham ada hari tak sihat tapi selalu sgt boleh dikatakan hampir setiap hari.

Bayangkan aku balik rehat tu hanya ada masa lebih kurang satu jam saja, aku dah tak da masa nak pergi cari barang masak dan masak. Balik kerja dah penat,cbini pulak tak masak.

Kain baju aku pun kalau dia rajin dia basuh lah, kalau tak rajin tak basuh lah. Sawang habuk apatah lagi lah. Bini aku tak kerja tau, anak pn tak da. Dari start aku pergi kerja 6.30pg sehingga 2ptg tu dia ada banyak sangat masa tapi dia tak boleh buat benda tu semua.

Yang aku nampak handphone 24jam kt tangan, main game, fb wasap, tiktok & sbgainya. Aku percaya 100% kt dia, aku tak pernah lah saja2 nak cek handphone dia. Aku pernah ja tegur dan cakap terus terang aku ni selalu sibuk, balik kerja rehat sekejap ja aku tak sempat nk masak.

Tapi apa dia ckp sgt mengecewakan hati aku. “kerja rumah sepatutnya kerja siapa?” Aku sebagai suami ni, tak nak lah gunakan kuasa veto dan aku ni jenis suami yang bukan gila kuasa dan berkasar dengan isteri. Aku hanya sabar dan pejamkan mata sajalah.

Jadi bila dia tak masak, dengan masa lebih kurang satu jam yang aku ada tu aku pergi kedai bungkus ja lauk. Tapi tak kan setiap hari aku perlu bungkus lauk bang?Kalau boleh nak lah setiap hari nak rasa air tangan masakan isteri sendiri.

Banyak lagi komitmen2 lain yang aku nk kena bayar. Bila aku ckp lebih2, ada saja lah dia akan jawab. Jadinya dia tu tak salah jugak. Setiap teguran aku tu dia salahkan aku balik. Jadinya mcm aku tegur diri aku sendiri lah.

Aku tak da anak aku tak da masalah lagi tau kalau isteri aku boleh layan aku dengan baik, bangun awal pagi sediakan sarapan, tgh hari sediakan makan tgh hari, aku balik kerja sambut,buka pintu dan salam, tanya aku mcm mana kerja harini. Itu saja yang aku nak!.

Tapi aku tak rasa pun semua tu. Sedih lah..Kdg2 aku rasa lebih baik aku bujang ja kalau makan aku kena cari sendiri, baju basuh lipat sendiri, kerja rumah pun aku kena buat sendiri. Apa function aku ada isteri tapi tak membantu?

Dan satu lg isteri aku ni jenis tak boleh kena tegur, tegur ja melenting, panas baran, mengamuk tak tentu pasal baling2 barang. Kami selalu gaduh pasal benda2 mcm tu ja. Bg aku hal kecik ja, tak perlu pun sampai gaduh.

Tapi kalau hari2 aku makan hati benda kecik pn boleh jadi besar. Bila gaduh aku keluar ambik angin dan park kt mana2. aku reda kan hati lah sambil termenung kenapa Allah uji aku sampai tahap mcm ni? Aku tak mampu.

Sumpah aku tak rasa bahagia dan perasaan aku terhadap isteri aku skrg ni semakin pudar.Perasaan cinta tu dah takda. Tapi rasa berat aku nk ckp semua tu kt dia.. Aku pernah ada niat nk cari kebahagiaan aku dengan perempuan lain.

Tapi kalau aku buat mcm tu jadi nampak aku lah yang salah sebab curang. Tapi yang sebenarnya aku curang pun sebab sikap dia yang mcm tu. Hermmm.. entah lah. Harap semua dapat lah bagi pendapat dan pandangan yang membina,bkn mengecam ya. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.