Assalamualaikum. Hide profile. Harap dapat komen yang baik baik. Aku dah berumahtangga 12thn. Menantu sulung. Dulu, Pada mulanya aku adalah menantu pilihan yang menurut setiap kata keluarga mertua. Lebih banyak masa dihabiskan disana.
Sehinggakan sedikit sahaja masa bersama mak dan keluarga sendiri. Mak aku selalu juga terasa dengan tindakan aku dan suami. Tindakan yang bukan aku sendiri inginkan melainkan paksaan dari keluarga sebelah sana.
Aku sekadar menurut perintah walaupon hati aku bagaikan dicarik carik. Tahun demi tahun silih berganti.macam – macam pergolakkan berlaku dalam keluarga mertua. dicampur pulak campur tangan adik-adik ipar aku. Konon nak jadi hero.
Lagi bertambah rasa! Ada sahaja yang tidak kena dimata mereka. Bermula hubungan keluarga adik-beradik mertua sendiri, bergaduh sesama sendiri, dan tidak tertegur sapa sehingga bertahun-tahun tak balik kampung.
Berpunca dari campur tangan anak-anak dia jugak(ipar aku). Dulu adik suami aku bercerai pun sebab campur tangan parents dan adik-adik dia jugak.Ada je tak kena.Sampai bercerai pun. Sekarang turn aku pulak dorang nak cari pasal.
Suami aku keluar dari rumah tu pun sebab dorang. Nyaris-nyaris jugak aku tak bercerai dengan suami. Alhmdulillah allah masih panjangkan jodoh kami sehingga sekarang. Kalau lah aku masih bertahan lagi dalam rumah tu tak tau la ape lagi yang dorang buat.
Korang bayangkan aku duduk rumah mertua tanpa suami aku masa tu. Dah macam b4bu aku dalam tu. perasaan rendah diri tu tak tau nak cakap macam mana. Dengan anak-anak lagi. Mula-mula okay..lama-lama mula nak cari salah aku.
Aku sejenis hanya menurut perintah tak melawan pun masa tu. Sampai satu tahap yang mana kesabaran aku dah berada dipuncak , aku ambik keputusan lari dari rumah.
Aku berserah bulat-bulat pada allah tentang nasib aku dan anak-anak ketika itu. Alhamdullilah perjalan aku dipermudahkan sebab aku tau aku tak buat salah.aku balik rumah keluarga aku. Terasa ada 1 beban yang aku tanggung salama ni jatuh berderai kebumi. Lega!
Masalahnya tiga hari lepas tu mereka fitnah aku ambik barang kemas mertua aku. Allah. Semudah tu mereka tabur fitnah dalam media social cakap aku yang ambik. Lillahitaala. Aku tak ambik.
Sampai aku berdoa agar apa yang mereka tabur fitnah terhadap aku tu suatu hari allah akan balas ! Doa orang teraniaya tiada hijab disisi allah. Sejak dari itu aku dah tawar hati nak balik rumah mertua. Dah 4tahun tak balik.
Suami aku pun paham keputusan aku. Suami aku pun baru sebulan dua ni terbuka hati nak balik. Aku tak halang tapi aku pesan hati-hati. dia sendiri pun tahu keluarga dia macam mana. Nak berbaik macam dulu tak kot. Cukup sekadar lepas mak dan bapak dia. Adik-adik dia pegi mampus pun tak pe!
Peringatan. Orang yang kau anggap diam jangan pikir dia akan ikut segala perintah kau sampai bila-bila. Satu hari bila hati dia dah tawar muka kau dia letak kat lantai je !
Dapat sesuatu?