Isu Keluarga

Yang jadi persoalanya sekarang ialah wajarkah ibu yang sedang hamil mengunakan alasan tengah mengandung untuk mengabaikan suami

Salam. Mohon admin hidekan profile saya
Maaf kalau tulisan saya mungkin mengusir hati kaum wanita dan ibu di luar sana. tapi kadang saya benda nie menjadi satu tanda tanya kepada saya. Saya tak pasti sama ada suami di luar sana merasakan hal yang sama atau tidak..

Saya dah berkahwin nak masuk 5 tahun. Alhdulillah dah ada anak sorang dan akan menyusul seorang tak lama lagi.

Yang jadi persoalanya sekarang ialah wajarkah ibu yang sedang hamil mengunakan alasan tengah mengandung untuk mengabaikan suami dan marah serta bermasam muka dengan suami. Nak kata saya tak tolong kerja rumah.

kadang saya tolong juga., basuh baju, sidai baju, mandikan anak, basuh kan berak kencing anak, kalau ada salah faham sikit terus tarik muka dengan saya dan tak bercakap 3 hingga 4 hari.

Dan bila dah jadi macam tuh. mula la dia akan whatapps dan kata macam-ii dekat saya sehingga kadang menbuatkan saya tinggalkan tempat tidur saya kerja terlalu sakit hati dengan kata2 dia yang kadang melibatkan family saya.

kadang saya diamkan saja dan tak berkata apa-ii sebab pikirkan dia tengah mengandung dan tak nak dia tidur dalam keadaan berdosa kerana terlalu lantang bersuara dengan saya.

tapi. Adakah perlu menggunakan alasan mengandung sebagai alasan untuk menjadi seorang isteri yang derhaka dengan suami..
Saya harap ada wanita dan ibu dapat suarakan pendapat masing-ii..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *