Isu Keluarga

Kisahnyer saya berkahwin dengan duda anak 2 usia nak yang 1 da 18 tahun tetapi yang kecik berusia 6 tahun

krt. Tolong siarkan kisah saya ni. tolong hide nama saya yer. Saya nak minta pendapat orang ramai. Kisahnyer saya berkahwin dengan duda anak 2 usia nak yang 1 da 18 tahun tetapi yang kecik berusia 6 tahun. Tapi selama kami hidup bersama nii.

Saya tengok suami apa-apa akan lebihkan anak dia yg kecik ni. Anak nyer perempuan. Saya ni faham la kn anak perempuan memang akan manja ngan ayah tapi yang ni saya rasa macam terlampau jer.

Suami punye lebihkan anak sampai saya ni boleh terasa hati rasa macam saya ni macam tak penting pon. Apa-apa anak dia dulu. Lepas tu baru saya. Saya ni isteri mestila akan terasa kan.

Saya terima anak dia ikhlas macam anak sendiri tapi bila dia lebih manjakan anak dia sampai saya da rasa sakit hati ngan anak dia. Ada rasa cemburu. sebab saya rasa saya ni dipinggirkan sampaikan tido pon ada masa mesti nak ajak anak dia tido sekali ngan kami.

sampai 1 tahap dia lagi pilih nk tido ngn anak dia dari isteri. Saya rasa makan hati sangat tolongla bagi pendapat ngan semangat kat saya. macam mana nak teruskan situasi ni. Nak bincang ngan suami.

Tak pastila dia boleh terima atau tidak. Sebab tu anak kesayangan dia kan.. tolongla bagi pendapat yang baik-baik. saya yang salah atau suami yang salah dalam hal ni. terima kasih krt..

Leave a Reply

Your email address will not be published.