Isu Keluarga

Part paling aku terasa bila malam nak kenduri kakak ipar boleh tanya suami aku pasal bekas kekasih suami sihat tak dan dia buat apa skarang

Assalamualaikum admin, Saya nak shre kisah saya. Saya dan suami  melayari bahtera perkahwinan ni dah 3 tahun. Suami ni anak tunggal lelaki dalam family dia daripada 6 beradik.

So, tanggungjwab jaga ibu ni ofcos la atas bahu dia kan. Aku ni pulak bukan menantu pilihan mak dia. Nak dimulakan cerita, husbnd ni sebelum ambik kputusan nk kahwin dengan aku, dia pernah bercinta dgn one girls ni.

Family dia berkenan dah sebab ada rupa, gaji besor la sikit, dah ada kereta. Aku ni kerja kedai runcit biasa jaa. Masa berkawan dgn aku pun, aku ni naik moto ja pergi kerja.

Bila dia buat kputusan nak kahwin dgn aku, mak and family dia terpaksa akur sebab diorng pesen jodoh cari sndiri. Kenduri belah dia pun abg ipar dia yg buatkan. Sebab mak dia tak brapa berkenan dgn aku ni.

Aku bukan tak nak rapat dgn family mertua ni, cuma sorang2 tunjuk yg aku ni bukan pilihan diorng. Kadang to bila bercakap macam perli2 ja. Boleh dikatakan adik bradik husbnd aku yg lain to ado² jgak laaa. Aku ni biasa ja.

Part paling aku terasa bila malam nak kenduri aku dengan husbnd hntar kakak dia balik rumah, otw to dalam kereta kak dia boleh tanya husnd aku pasal ex dia sihat tak, dia buat apa skarang?

Engko rasa min??? Esok adik ko nak kahwin ni, yg dlm kereta ada skali wife dia. Boleh plak tanya pasal ex husbnd aku.

Bila smpai hari kenduri to, family dia buat layan tak layan ja. Aku ni bila dh hbis mkan beradab apa smua. P la dduk tepi mertua tlg bgi bag goodies dekat tetamu. Aku tlg pastkan dekat my inlaw la. Min twu, my in law main rentap² ja bag yg aku pastkan to.

Boleh dikatakan setiap apa yg aku buat to semua serba tak kena. Sampai lah sekarang. Kalau depan husbnd aku, mertua ni layan aku bukan main baik lah. Nasi tlg cedok kan, air tlg tuangkan. Kalau husbnd tak da, cakap to perli² ja.

Tapi bila dah lama² aku diamkan jaa. Pasal family dia, mertua aku, sekali pun aku tak pernah mengadu dekat husbnd. Siap kakak dia pernah cakap yg aku ni bukan menantu pilihan.

Dulu pernah jugak cuba untuk ambik hati mertua, bila dah lama² asyik dpat layanan macam to. Aku dah malas nak layan. Biar ja lah. Asalkan aku dgn anak tetap bersama.

Sampai satu tahap, family diorng ni kalau berkumpul ipar duai memang jenis tak kisah aurat. Aku sorng ja akan pakai tudung. One day, mak dia pernah sruh aku buka tudung sebab rimas tgok aku pakai tdung dalam rumah.

Sabar je lah min kan? Sabar to pun dah jadi pahala. Sekarang aku tengah sarat mengandung anak kedua. Ini pun mak dia dah bagi hint. Cukup lah kalau dh sepasang. Payah anak rmai². Kalau senang tak pa jugak. So aku nekad nak ikat lepas bersalin ni.

Apa2 pun, doakan rumahtangga ni kekal ke jannah. Semoga mak dia redha, ikhlas terima aku sebagai menantu dia walaupun hari to lambat lagi. Aku cuma nak redha seorng ibu untuk anak menantu dia. Supaya kami pun bahagia and tenang dlam melayari rumahtangga ni. Insha Allah min, one day aku nak  sgt rasa aku ni sbahagian dari keluarga husbnd.

Leave a Reply

Your email address will not be published.