Isu Keluarga

Masalahnya suami taknak duduk dirumah keluarga saya kononmya tak selesa sedangkan ada bilik sendiri

assalamualaikum admin. Tolong hide fb saya ye. Saya nk mntak pendapat dan pandangan org ramai ttg masalah yg saya hadapi kini. Saya dah berumah tangga hampir 3tahun lebih dan dikurniakan 2 org anak.

Sepanjang perkahwinan suami saya asyik tukar keje dan tak de yg keje lama dan kami jugak asyik berpindah randah. Dan sekrng saya duduk di rumah mertua disebabkan bulan 12 bru ni suami dibuang kerja dan terpaksa duduk di rumah keluarga saya.

Masalahnya suami taknak duduk dirumah keluarga saya kononmya tak selesa sedangkan ada bilik sendiri. sepanjang duduk di rumah keluarga saya, dia asyik keluar pagi balik malam dan terkadang tu keluar mlm esok mlm nya plk bru balik. Dia pergi melepak.

Sebab tu jugak ibu bapa mertua saya mnta suami balik ke dan mereka yg akan tanggung kami di kg dan kononnya nk bentuk dia semula. Saya juga ikot dia ke kg. Duduk di kampung. Sekarang dah 2 bulan tak kerja.

susu anak pempes anak saya yg beli. Saya pon x kerja hanya niaga online. bila ditegur suami melenting. Duduk di kg lagi la dia buat perangai. Keluar melepak. jujur saya cakap. Saya mmg tak boleh duduk dengan keadaan takde duit. saya nak kerja tapi mak mertua minta tunggu sehingga adik ipar bersalin.

Dia nk adik ipar yg jaga anak ank saya. kalau saya nk kerja dan bayar pada adik ipar. Sekrang saya nak tanya. NUSYUZ ke saya kalau saya lari pulang ke keluarga saya? sbb saya nak kerja cepat jika duduk dengan keluarga saya.

anak ank saya boleh ditinggalkan pada org yg dipercqyai. jika tunggu adik ipar. bulan 4 bru saya boleh bekerja. saya tk boleh tahan dah dgn suami yg malas kerja. mnta jaga ank pon susah. suami juga ad kata yg dia tak puas enjoy sedangkan umur dia dh 3rd series.

Leave a Reply

Your email address will not be published.