Isu Keluarga

Saya nie makan hati dengan suami bila saya bawak suami pegi beli jalan2  mesti terus buat muka dan mula cakap kasar2.

Salam.. nak luahkan hati je.. saya dah berkawin baru lagi dlm 2 tahun dan belum dikurniakan zuriat lagi. Saya dan suami masing2 bekerja. Just nak luahkan tentang suami.

kadang2 kita nie orang perempuan, bila dapat suami yg penyayang, tak kedekut, ringan tulang, jaga hati kita, automatic kita pun akan rasa dan buat benda yang sama dgn suami kita.

Like saying ‘treat her like a princess she will treat you like a king’. Saya nie makan hati dengan suami bila saya bawak suami pegi beli barang ke, jalan2 cuci mata ke, bercuti ke, dia mesti buat muka dan mula cakap kasar2.

Nampak sangat tak ikhlas. Padahal tak pernah pun guna duit dia beli itu ini. Barang yang saya nak smua sya beli sendiri. Sbb sya mmg tahu kalau minta kat dia pun confirm tak dapat. Suami sya ada sifat kedekut.

Nafkah duit bulanan die bagi tapi tak la banyak pun.. sya xkisah sbb sya sendiri bekerja ada duit sndiri. Nak itu ini sya boleh je beli sndiri.. Tapi segala sewa rumah, bil api air, bahkan barang dapur smua kena bahagi dua.

Padahal wajib untuk suami menyediakan tempat berteduh dan makan minum untuk isteri kn. Mulanya sya mmg tak kisah. Sya ikhlas share smua. Tapi makin hari sya jadi tak ikhlas bila sifat berkira dan kedekut dia makin menjadi2.

Dengan suami yg sllu je nak tunjuk muka melenting bila kita mnta tlng sesuatu, lama2 kita pun jadi tawar hati. Teringat pernah satu ketika dulu nak pegi bercuti, die ajak la, tapi semua benda kena duit memasing.

Kalau boleh makan pun dia suh bayar asing.  kalau sya pula yg ajak ke mana2, duit kena guna duit saya sahaja. Kadang2 saya kena tanggung makan sbb sya yg ajak dia jalan.  Bukanya guna duit dia sepenuhnya.

tu pun suami da start tunjuk muka.. Tapi bab dia perabis barang2 ke kereta dan motor dia xpe pulak..  Ya Allah. Ade ke yg senasib dgn saya? Saya bukan apa, mula2 sya ikhlas.. tapi lama2, bila benda nie sllu berlaku saya jadi makan hati..

kalau luahkan, suami jenis tak nak kalah and tak nak dgr luahan sya. Mula la dia keluarkan bab2 agama dia. Isteri derh4ka la, tak hormat suami la apa la.. Tapi part nafkah dan tanggungjawab suami, dia xpula rujuk agama.

Sedih tau.. kadang2 menyampah pun ada. Sya cuma berdiam diri je kalau marah tak tau la nak buat apa.. tu je nak luah.. Doakan yg terbaik untuk saya ya smua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *