Isu Keluarga

Barang2 kemas perkahwinan semua dia gadai dan yang paling menyedihkan masa berpantang dia boleh curang layan pmpuan lain masa hari jadi saya dia boleh bercinta mencurah perasaan kasih sayang dgn perempuan lain.

Hi Admin Hide profile saya yer..awas luahan yang pjg! Saya bukan nak menceritakan keburukan atau nak bukak pekong di dada, walau pun secara tak langsung itu lah yang berlaku pun kan. tapi saya sekadar nak meluahkan rasa dan perasaan,

mungkin dgn berkongsi kat sini, dpt lah saya melepaskan lelah dan mendengar pendapat dan nasihat drpd rakan2 yang lebih berpengalaman dlm rumahtangga, usia perkahwinan saya sekarang 25thun. Saya anak sulong dn berkahwin dgn suami yang anak bongsu dlm keluarga, family saya dlm golongan sederhana,

tapi keluarga suami dr keluarga susah dn adik beradik ramai, pun begitu suami amat bertuah kerana sudah punya harta dan rumah pusaka tinggalan arwah bapa dan ibu mertua kepadanya. Jd saya kawin dah ada rumah dn tak perlu menyewa.

saya dididik dgn tanggungjawab dan disiplin dan adab sopan, sedangkan suami saya walaupun org susah, tapi terlalu dan tersangat dimanjakan(mungkin kerana anak bongsu) smp apa sahaja yang dia nak arwah ibu bapa mertua akan turutkan biar pun sanggup bergolok gadai untuk penuhi permintaan anak,

oleh itu suami saya ni jd seorang yang sgt suka bergantvng pd org dan suka meminta2 dan malas untuk berusaha…klu dia nak buat sesuatu pun hanya untuk kawan2 dan buat untuk diri sendiri..tidak untuk org lain waima saya sekali pun.

bekerja tak pernah tetap, ada je org punya salah, semua org salah, boss salah, staf salah, org tu tak betul  org ni tak betul, semua org tak betul pd dia hanya dia je yang betul, klu kerja pun,nafkah dia tak pernah bagi,

sbb dia kata dia tak mmpu nak bg, so lepas dh tak nak kerja,mula lah merapu buat kerja asal jadi duit,  saya masih terima keadaan ini sebagai nasib saya, saya tak pernah mengadu sekali pun dgn keluargq apa yang saya hadapi dlm rumah tangga, sbb tak nak mak benci suami saya, jd semua nya saya telan dan hadap seorang diri,

sbb saya taknak bergaduh dan fikir kita nak tolak ansur maka saya pun lupakan je dan bekerja,  apa saya nak belilah sendiri, saya beri nafkah dan tanggung diri sendiri dan anak2 dan juga keperluan rumah, smp dia dh mula meminta dgn saya, zakat pun dia tak byr sbb dia kata dia org susah, dia tak payah bayar zakat,

jangan cerita lah pasal solat, puasa, mmg tak pernah puasa, gastrik katanya,klu sembang bab agama kalah ulamak, ulamak pun salah klu dia punya sembang. klu nak mintak beli baju raya dia sanggup bergaduh dgn saya sbb katanya nak buat apa nak beli baju2 raya,

langsir lah kuih raya ni semua.. tak payah lah raya, raya dgn apa yang ada je lah, tapi kita ni kan tak smp hati nak tgk anak2 beraya dgn takda apa, susah mcm mana sekalipun mesti kita nak usaha cari, simpan duit, beli sikit2 ikut kemampuan, tapi pd saya saya dia tak nak buat semua tu,

dia tak nak susah kan diri dia untuk saya dan anak2, saya sbb kenangkan anak2, klu ikutkan kita ni apa lah yang nak dirayakan sgt, zaman raya2 masa kecik2 je yang seronok saya pun bukan nak raya sgt, tapi saya nak tunjuk dan ajar semangat dan suasana hari raya,

supaya itu lah yang anak2 ni akan ingt dan kenang dan ajar anak2 mereka nnt..kita sebagai ibubapa mmg raya tu dh tak de makna apa dah untuk kita, amal ibdat je yang penting.

smp lah ada anak 3, dia masih sama, tak pernah berubah, suka keluar smp lewat2 mlm, main jvdi, brg2 kemas hadiah perkahwinan saya semua ditipu dan dia gadai. B0d0 saya kerana percaya pd dia..kereta kena tarik, sbb saya serah duit bayaran ansuran pd dia, tapi dia tak pergi bayar kat bank (masa tu belum ada internet banking)

lama saya makan hati, saya bersalin berpantang rumah mak saya dia boleh curang layan pmpuan lain, masa hari jadi saya dia boleh bercinta mencurah perasaan kasih sayang dgn perempuan lain, berjela sumpah janji kasih sayang padahal hari tu adalah hari jadi saya,takde pun kek dan wish  kat saya, rupanya bila dia ada dan nak kerja dia pergi simpan perempuan pulak(saya tahu sbb kantoi, Allah bg petunjuk pd saya, tak perlu cerita lah sbb pjg lg nnt)

Apa saya buat?? yer saya masih duduk setia dan sabar, masih lagi hormat dan sayang pd suami, berbelanja semua untuk suami dan anak2 semua saya tanggung, suami tak pernah keluar 5 sen pun duit dia dlm rumah tangga, saya tetap bersyukur sbb dah ada rumah dan tak perlu bayar, saya masih sabar dan anggap semua ni ujian Allah ,

ujian Allah pd saya, dan pd suami, apa yang dia tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai suami itu bukan masalah saya nnt, itu dia jawab sendri depan Allah nnt, tugas saya hanya sebgai isteri dan saya jalankan tugas2 saya, saya redha dan terima ujian Allah ini pada saya,

dgn itu Allah permudahkan semua urusan saya, setiap apa yang saya buat Allah permudahkan, Allah lapangkan jalan semua untuk saya, saya sgt senang hati walaupun saya kecewa  dan hari berganti hari, hati saya tenang, dan doa2 saya perlahan2 dan satu persatu Allah makbulkan,

suami saya dah banyak berubah walau pun tak smp 30%, itu pun saya bersyukur, cukup dah untuk saya, saya tahu dan saya nmpk dan menilai banyak kebaikan suami dlm buruk sifat dan kelakuaannya, saya sendiri pun banyak kekurangan, jadi saya amik jln untuk redha dgn ujian Allah

saya terima challenge Allah beri pada saya, saya masih belum sempurna pun sebagai isteri yang solehah,Sebab batas kesabaran dan kekecewaan yang bertimpa dan bertahun2 tu akan makan diri dan sedikit sebanyak akan mengubah jiwa dan hati seorang isteri,

isteri mana yang nak duduk tempat saya ni? Isteri mana yang tak. mahu dimanja di belai di didik suami? Semua isteri nak suami yang baik dan soleh tapi klu kita tak dpt, kita didik lah diri sendri dan doa lah pada Allah semoga bukak kan pintu hati suami untuk berubah lebih baik dan banyak2 lagi,

banyak lagi cabaran dan dugaan sepanjang perkahwinan saya yang tak sempat saya ceritakan kat sini, saya yakin ada pengalamn rumah tangga yang lebih dasayat dari ni..buat makluman semua. Sampai ke hari ni,

saya masih menanggung suami dan semua perbelajaan perubatan suami ( sekarang dh banyak penyakit  lagi lah susah nak suruh kerja) dan membesarkan anak2 saya, Alhamdulillah  rezeki saya tak putus2 Allah bgi, Allah lapangkang hati saya untuk redha dan menerima. ama2 kita akan berusia..usia akan mematangkang kita, redha  itu ikhlas, pasrah itu menyerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *