Isu Keluarga

Masalahnya dari sejak mula kawin suami suka tidur asing dengan saya sampaikan boleh dikira dengan jari je berapa kali tidur sekali.

Assalamualaikum min, mohon hide profile saya. Saya nak minta pendapat semua normal ke suami suka tidur asing dari isteri. sejak kawin boleh kira dengan jari je berapa kali tidur sekali.

Dia lebih banyak tidur bawah (rumah 2 tingkat). Nak kata saya busvk tak jugak, saya pembersih mandi 3 kali sehari, selalu pakai losyen.

Kalau tidur asing sebab mendidik isteri tu lain. Ni memang selalu. Saya banyak makan hati, saya tak pernah merungut bila dia hampir kena buang kerja, dia selalu balik lewat malam.

Dia nak beli apa pun saya tak pernah halang. Sewaktu kawin hantaran pun saya minta seikhlas hati walaupun saya degree.

Lama lama saya rasa macam orang gaji je. Masak kemas rumah hari hari. Makan, solat, tidur semua sendiri. Dari first day kawin sampai sekarang saya solat sorang2. Tak pernah sekali pun jemaah. Bila saya ajak solat dia tolak.

Dia kata dia muda lagi untuk buat semua tu. Kecik hati saya. Setiap malam saya menangis sampai dah tak ada air mata. Kadang duduk tengok tv saya rapat sikit dia minta pergi jauh2. Saya bukan minta ‘bersama’, cuma nak rasa kehadiran dia je.

Belum macam mana dia hina keluarga saya. Saya rasa macam saya menumpang je rumah dia. Makan minum semua rasa menumpang je.

Saya sampai tak makan, hanya masak untuk dia. Berat saya makin susut. Saya tak pernah cerita masalah dekat sesiapa.

Nak anak pun dia suruh tunggu sampai kerja sebab sekarang saya masih study. Nak ‘bersama’ tapi taknak anak. Saya faham dia gaji sikit, dia taknak tambah komitmen,  saya tak pernah merungut.

Saya menangis sorang2 je sebab teringin nak ada baby. Dia pernah je nampak saya menangis teruk dalam bilik, dia buat tak tahu even tak tanya pun kenapa.

Saya makin tawar hati.. Salah ke kalau saya minta cerai? Saya betul2 tak tahan. Tak ada beza walaupun hidup bujang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.