Isu Keluarga

Dipendekkan cerita selama berkahwin saya tak pernah jumpa suami saya berwasap dengan perempuan lain bila saya dapat tau rasa nak gugvr jantung saya.

Assalamualaikum admin & warga krt. mohon admin hide profile saya ye. saya seorang isteri dan surirumah,saya dah berkahwin hampir 9tahun. saya belum dikurniakan zuriat dari perkahwinan kami tapi syukur alhmdulillah kami diberi rezeki menerima anak angkat.

Sekarang anak angkat dah berumur 2tahun. Baru-baru ni saya terbaca wasap suami saya bersama perempuan lain. saya buat copy wasap.

sebelum ni suami saya pernah buat hal tp bkn psl perempuan tapi pasal benda lain jd saya akan pantau dkt wasap copy tu. Bukan selalu saya tgk, bila ade mse terluang saya akan buka dan bace.

Owh ye suami saya cuma bekerja biasa iaitu sebagai penghantar makanan. masa mula2 dy buat kerja ni saya xde rse ape yang lain dan pelik tapi baru2 ni saya rse tak sedap hati, naluri sebagai seorang isteri dapat rasa ade yang lain pd suami.

Suami kalau balik rumah handfone ditangan memang tidak lepas. Akan lepas waktu nak tidur saja. Okey nak dipendekkan cerita saya terbaca wasap suami saya bersama wanita lain.

Selama berkahwin saya tak pernah jumpa suami saya berwasap dengan perempuan lain. Bila kali ni saya dapat tau, rasa nak gugur jantung saya. Dua bersayang2 dan bermanja-manja dengan perempuan tu. Siap nak pergi bercuti sekali.

Konon nya nak bawak anak perempuan tu pergi jalan2. sedang kan anak kau sendiri pun melanguk duduk dirumah. terlalu ambik berat hal anak org sakit demam tapi bila anak sendiri, buat mcm biase je.

mcm takde nak dirisaukan. mcm ni ke kate perkenalan cuma baru 1bulan lbh. Hanya Allah saje yang tau. Dari segi perbualan wasap macam dah lama kenal, tapi suami saya bgtau baru kenal selama 1bulan lebih,

dia mengenali perempuan tu sebagai customer yang order makanan online. perempuan tu janda anak 1. Saye bukan nak menyalahkan janda tapi kalau tiada angin, mana mungkin pokok bergoyang.

Walaupun dia kata dah tinggal kan dan tak menghubungi perempuan tu, tapi hati saya jadi hancur sehancur nya. sedangkan saya bersusah payah dengan dia dri dulu.

gadai segala harta yang ade dibadan bila waktu susah, tapi senang2 dia mencari org lain. Perempuan tu tahu suami saya masih ade isteri, tapi masih melayan suami saya jugak.

Saye tidak kate suami saya betul dan perempuan tu salah. mmg kedua2 nya salah. Sekali kepercayaan kita dah hilang sampai bila2 kita akan ingat

Jangan sangka suami yang baik dirumah akan baik juga diluar. Saya nak minta nasihat dri pakar kaunseling,tp saya takde keberanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.