Isu Keluarga

Paling menyedihkan kalau nasi makan malam tak habis esoknya mertua aku akan sendukkan untuk aku

Salam min. Aku ada trbaca kes abang yang bini kemurungan tak tau sebab apa tu . Aku bukan bini dia tapi aku nak cerita kisah aku. Aku pun kemurungan, keluarga laki aku punca aku kemurungan.

Aku ni sebelum kawin ngn laki aku , aku janda anak dua. Bercerai sebab keluarga ex paksa aku tnggung diorang 10org sekeluarga. Masa laki aku cakap nak kawin ngn aku tu, aku suruh dia bincang dulu denagan keluarga dia dulu, betul ke boleh terima aku.

Masa tu semua cakap boleh, semua ok, tak ade masalah dengan status dan anak2 aku. Lepastu, lepas je kawin, keluarga laki aku ni, setiap kali jumpa aku, ayat yang akan keluar daripada mulut dia “kau kena brsyukur laa laki kau nak kat kau, nak tnggung anak2 kau sebab bukan tnggungjawab dia nak tnggung anak2 kau ni .”

Paling menyedihkan kalau diorang tido rumah aku bila nasi makan malam ni tak habis esoknya mak mertua aku akan sendukkan untuk aku dengan anak2 aku nasi sejuk tu .

Anak2 dia 4 orang , semua makan nasi panas. Bukan aku suruh dia sendukkn eh ? Memang sebelum aku siap masak tu dia dh tnggu kt periuk nasi tu . Panjang lg cerita. Kalau ada smbutan aku sambung. Tq min.

Leave a Reply

Your email address will not be published.