Isu Keluarga

Kisahnya Bulan 11 tahun lepas saya bergegas balik kampung dsebab parent saya sedang sakit dan terpaksa pisah dengan suami sekejap

Assalamualaikum sebelom tu mohon admin tolong hide saya punya FB ye terima kasih. Assalamualaikum hai semua. Saya nak meluahkan Saya sangat2 sedih, terkejut, kecewa, terkilan dan tak tahu nak buat apa sekarang.

Hati saya sakit sgt2 dan mohon kata2 semangat dari semua. saya seorang surirumah umur 25 tahun dan mendirikan rumahtangga dengan suami nak masuk tahun ke5 bulan 4 ni dan masih blom dikurniakan anak.

Kisahnya Bulan 11 tahun lepas saya bergegas balik kampung di Johor sebab keluarga saya sakit dan terpaksa pisah dengan suami sekejap sebab dia bekerja di KL tak dapat balik sama2.

Selepas sebulan saya balik rumah saya semula saya notice something tak kena dengan suami saya dan tergerak hati saya nak cek fone dia (fone yang dia jarang guna just untuk bisnes ja),

nak dijadikan cerita satu hari tu fone dia yang jarang2 guna tu tertinggal tak bawak pergi Keja so start hari tu saja bukak wasap tak de niat nak cek pun tapi saya terjumpa call log video dengan seorang perempuan bernama “Mia” pukul 12-1-2-3-4-5 pagi dan duration semua lebih sejam.

Luluh hati saya apa lah yang suami vc time2 mcmtu berjam2 dengan perempuan dan saya berjaya DPT number perempuan tu. sebelom tu sempat geledah2 fone dia, file storage kad dia apa semua saya jumpa resit payment dekat Mia ni dengan jumlah rm100 sebagai “upah”.

Tertanya2 upah apa rm100 tu dan saya contact mia ni Untuk tanya untuk apa duit rm100 tu dan mia tu cakap ” duit untuk dia masuk group cari perempuan untuk check in”  ya Allah Luluh remuk hati saya bila dgr dia cakap camtu.

tak ckup ke saya ni jadi isteri dia, makan pakai dia semua saya uruskan dengan elok, tak ada sebulan kejap je sanggup cari perempuan lain semata2 untuk n4fsu ke. Lepastu saya tanya dia suami saya pernah cek in ke? Boleh saya dapatkan details semua..

perempuan tu cakap “pernah kat Setapak dengan perempuan nama Nia dia bayar perempuan tu rm800 dan 2 kali dh Dorang jumpa” Allahuakbar. Menggigil badan saya jari ketar2 dah tak lepas nak tanya dia byk2 nak taip wasap dh tak blh Allahuakbar.

hanya Allah yang tahu perasaan time tu . betul2 saya rasa dikhianati di tipu hidup-hidup. Saya dapat tahu suami saya curang dan pernah terlanjur dengan seorang perempuan dan saya tak tahu kat mana saya nak cari perempuan tu.

Bila saya tanya  suami, dia taknak mengaku dan siap sumpah2 dengan Al-Quran semua.Dia cakap jgn percaya dengan perempuan tu scammer pernah nak tipu dia apa semua masa saya takda dulu..

Saya taktahu sekarang sama ada betul atau tak suami saya pernah sampai terlanjur..Nak percaya,tapi dia siap sumpah dengan al quran bagai, taknak percaya tapi kenapa ada resit payment rm100 tu.. bayar untuk apa rm100 tu..

Dan selepas 2 hari dia tiba2 dia demam panas, terus dia mintak maaf sungguh2 kat saya seolah dia memg ada buat salah.. saya taknak jadi isteri derhaka saya jaga dan rawat dia TGH demam teruk tu tapi hati saya sakit dan sekarang dia buat mcm takdk apa berlaku  sedangkan hati saya masih tak tenang dan masih mencari jawapan untuk semua ni.

ya Allah saya buntu. betul atau salah dan saya masih sakit hati dan jijik dengan dia .. berdosa tak saya kalau saya tak layan dia… Tolong lah saya … Hati isteri mana nak tenang selagi tak DPT jawapan yang sebenar…

Aku buntu. Ikhlas dari isteri yang b0d0 terlalu percaya dan sayag suami sampai kena tipu hidup-hidup. P/s: keluarga dia dengan keluarga saya masih tak tahu,saya takut kalau benda ni salah nnti Dorang dh benci dia .

Saya taknak keluarga saya dan keluarga dia benci dia.saya bodoh ke simpan benda ni sorang2? Terima sudi membaca sampai habis… Tolong jgn komen yang down kan lagi semangat saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *