Assalamualaikum Saya nak minta share masalah saya ni. Saya dah berkahwin selama 8 tahun. Mempunyai anak 3 orang. Suami dari awal nikah sampai sekarang sudah beberapa kali curang, suami pernah clvbbing pernah minum arak dan berzn4 lebih dari 6 orang sejak kahwin makanya outstation tu memang kerap berlaku.
Sepanjang dia semasa outstation, Ibu bapa saya lah yang banyak membantu saya. Suami seorang yang penyayang terhadap anak anak, dia juga bertanggungjawab bagi menyediakan tempat tinggal, makan tapi nafkah bulanan hanya cukup cukup makan. RM150- RM200 untuk saya beli barang dapur dan susu anak anak..
Ini kerana komitmen suami sangat tinggi. Saya paham dan tak kisah sebab niat saya nak membantu suami. Saya hanya perlu bayar kereta saya dan yuran sekolah anak setiap bulan.
(gaji kasar suami dalam 5K) walaupun begitu saya tetap bantu suami yang setiap bulan mesti tak cukup duit. Ibu bapa mertua/ adik beradik ipar juga ade menolong jika dia tak cukup duit.
Tapi masalahnya sejak tak cukup duit, suami saya jarang bagi nafkah kat mak mertua lagi. (mak mertua bagi tau saya) hancur hati saya bila dapat tahu, suami saya nak kahwin lain dengan student 21 tahun tapi Keluarga suami dan saya tak izinkan kerana kami tau dia tak mampu.
Dipendekkan cerita saya telah menghubungi perempuan tersebut untuk minta putuskan hubungan mereka kerana suami saya sememangnya tidak mampu walaupun dia kata dia mampu dan akan bertindak adil. Mampukah dia?? Tlg nilaikan.
Sekarang ni bila balik dari outstation, dia jugak ada buat part time jadi grab driver..yang mana dia akan buat waktu malam. Dah la jarang ada kat rumah, bile balik dia buat pulak grab. Manalah mase nak bonding dengan anak anak dan isteri?
sejak niat suami ingin berpoligami dihalang oleh saya dan ibu bapa mertua.. hubungan kami sangat dingin. Dia tak amik tau pasal saya, dia maki hamun saya jika saya msg perempuan tu untuk berundur diri Walaupun perempuan tu tau dia dah beristeri dan ada anak- anak.
.kenapa yer masih nak sondol suami orang? Ber baby baby sayang sayang dengan suami saya.. Even mak dia sendiri kene blok whatsapp dari dia sebab saya dan mertua sama-sama msg kutuk maki hamun perempuan tersebut yang tak ade maruah langsung sebab menghancurkan rumahtangga saya!
Walaupun saya beberapa kali provoke suami untuk ceraikan saya.. tapi hingga kini suami takpernah failkan.Dalam hati, saya berdoa agar suami tidak menceraikan saya…huhu ini kerana saya tetap degil ingin pertahankan rumahtangga saya agar tidak bercerai kerana kesiankan anak-anak.
Saya tau pasti ramai yang cakap saya kurang bijak sebab rela dibuat macam sampah. Tapi apakan daya saya kerana saya sayang suami dan anak anak saya.. Ada jugak saya buat solat istikharah dan solat hajat demi mempertahankan rmhtgga saya. Jadi persoalnnya..
perlukah saya terus dlm hubungan ni atau berundur diri? Sekian. saya harap kawan kawan dapat bagi komen yang membina dan bukan kecaman. Terima kasih