Assalamualaikum admin dan warga krt. Terima kasih kerana sudi siarkan confession aku. Nama aku Daniel dan umur aku 31 tahun. Aku seorang hamba Allah yang pernah melakukan dosa yang paling besar iaitu berz!na.
Itu lah kesilapan paling b0d0 yang pernah aku buat dalam hidup aku. Walaupun aku dah taubat dan dah 10 tahun berlalu, benda tu masih lagi hantui hidup aku. Setiap aku solat, aku menangis bila kenangkan balik. Aku tahu Allah Maha Pengampun tapi aku rasa terlampau jijik dengan diri aku sendiri.
Aku dah nekad tak nak berkahwin sebab aku rasa aku tak layak nak jadi seorang suami dan ayah lalu aku tutup hati aku untuk mana2 perempuan sehinggalah aku kenal sorang gadis yang bernama Sya yg muda 6 tahun dari aku.
Kami dah kenal hampir 2 tahun. Dari berkawan, lama2 aku jatuh hati. Sya seorang perempuan yang paling baik pernah aku jumpa seumur hidup aku. Sangat menjaga diri dan tak pernah disentuh lelaki. Lembut tutur kata dan sentiasa disenangi.
Satu hari Sya bagitau aku kalau ayah dia nasihat kalau aku betul2 serious dengan hubungan kami aku kena halalkan dia dengan cara bernikah sebab tak manis berhubungan tanpa ikatan lama2. Aku tak ada masalah dari segi kewangan.
Aku bekerjaya dan alhamdulillah dah lengkap ada rumah dan kereta. Yang jadi masalah, aku dihantui dengan dosa aku dulu. Aku dah berterus terang dengan Sya dan dia terima kisah silam aku.
Malah dia tak henti bagi moral supports untuk aku. Sekali pun dia tak pernah ungkit silap aku bila ada salah faham. Bila aku down, berkali kali dia yakinkan aku yang dia terima diri aku seadanya.
Paling aku sebak bila dia cakap buruk mana pun diri aku dulu, dia tak pernah sikit pun rasa diri aku kurang dari orang lain dan dia hormat aku sebagaimana dia hormat ayah dengan abang2nya.
Baiknya Sya Aku dah beberapa kali cuba untuk jauhkan diri aku dari Sya tapi end up aku cari Sya balik sebab aku rasa aku tak mampu nak hidup tanpa dia. She’s the light in the dark of my life.
Tapi aku tetap rasa aku tak layak untuk sorang perempuan yang baik kerana aku bekas penz!na..Aku takut. Aku tahu perbuatan aku ada kifarah. Aku takut one day disebabkan dosa aku, Sya pun terpalit jugak.
Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitu lah jugak sebaliknya. Perlukah aku lepaskan Sya untuk lelaki yang baik setaraf dengan dia?