Isu Keluarga

Yang jadi masalah dalam rumah tangga kami sekarang adalah bila wife aku tidak boleh terima kalau aku sangat sibuk kerja.

Salam min. TQ sudi post kisah aku.. Aku suka baca kisah org lain kt sini. Byk teladan.. Kali ni, tiba masa utk aku minta pendapat dr korang plk.

Aku suami usia 30an, anak seorangĀ  3 tahun. Sdg usaha anak yg kedua. 2022 tahun ke7 perkahwinan.. Sblm ni aku kerja swasta di company A, wife aku pegawai kerajaan.

Kami PJJ, anak dgn wife. Dlm seminggu aku akan balik 2/3 kali.. skrg aku bekerja di company B, lokasi lbh kurang mcm company A. Wlpn jauh tp aku tak PJJ dh sbb waktu kerja flexible and boleh online. Gaji pun lbh.

Pagi aku sempat siapkan anak dan hantar taska. So wife aku tak kalut sgt nk masuk kerja pukul 8.. Tp kekurangannya, workload pula lbh. Kalau aku ke tmpt kerja, lps maghrib baru sampai rumah.

Kdg2 malam masih lagi buat kerja. Aku akn buat lps wife dan anak tidur.. Hidup skrg byk perubahan dr segi kesenangan hidup. Nafkah bg lebih, selalu bwk makan kt kedai, kdg2 follow outstation dan ddk di hotel sambil mkn angin, nk beli brg yg agak mahal x jd mslh sbb masih mampu..

Yang jadi masalah dalam rumah tangga kami sekarang adalah bila wife aku tidak boleh terima kalau aku sangat sibuk kerja. Kalau boleh, dia blk pukul 5 aku dh ada kt rumah.

Malam tak sentuh kerja. Weekend masa utk dia dan anak (blk umah parents aku x dikira sbg masa aku dgn family). bila aku bgtahu utk berjimat sbb dh byk berbelanja, dia ckp aku terlalu berkira..

End up kami gaduh, aku kena tengking m4ki dpn muka dan dia minta cerai bila marah tgk aku busy dgn kerja.. dia sanggup aku tak kerja. Tp mana boleh, aku ada anak, ada parents yg msih hidup.

Dan dh byk hobi dan minat aku korbankan demi nk luangkan masa lbh dgn family.. mana silapnya entahlah.

Aku baca dlm ni ada isteri dipukul, suami bermasalah, tp isteri msih berharap utk suami berubah.. lain dgn aku. Bila bergaduh, isteri tak pedulikan aku. Iri hati ku, Allah je yg tahu.

Aku x letak salah pd wife 100%. Mgkn ada cara lain perlu aku betulkan. Jadi, mohon korang bg pendapat apa harus aku buat. Jika ada yg nk kecam, selitkanlah dgn nasihat.. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.